Hanya hiasan.. |
Buku Ultraman di HARAMKAN? Bunyinya macam kelakar pun ada. KDN ni ada kena mengena dengan Anwar ke? Atau Anwar yang suruh haramkan buku ni?
Kita baca dulu,
Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport,
menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Apa punca yang menyebabkan buku tu kena haram? Tentu ianya sangat dahsyat dan boleh memudaratkan masyarakat. Dengan contoh, Harakahkah pun boleh dapat lesen, kiranya buku Ultraman ni lagi teruk la ya?
Jom tengok puncanya dibawah ni,
Rasanya dah tahu apa punca buku tu kena haram kan? Kalau tak bahaya dan mengelirukan, ianya tak akan diharam.
McTheory:
Kalau dibiar, dah nanti orang ingat Ultraman tu ada kena mengena dengan tuhan pulak!
KDN ni apsal bangang sangat tak cakap terus terang .. Sekali lagi, dorang yang sangat-sangat-sangat bersalah dalam hal ini. . .
BalasPadamLa orang ramai dah pandai. Apa salahnya kalau KDN sendiri yang explained sebab apa haram. Bukan susah pun. Nampak sangat pegawai KDN yang jaga media buat kerja separuh masak.
BalasPadamPenerbit ultraman kat jepun tak buat cerita mcm ni...mcm mana kat malaysia bole terbit cerita sebegini..ini adalah fitnah terhadap ultraman
BalasPadambtul2x pndai2x ja durng trbit mcm tu... Fitnah ja... kurng asam... saya minat gilakk dngn ultraman..
Padamkesian otoman tak bersalah pun...
BalasPadamotoman tak pernah join mana2 party pun...
tapi kena jugak haram..
jaga2..otoman nanti mengamok..