Pages

Isnin, 31 Mac 2014

HOT!! Takutkan Azmin, Punca Anwar Bertanding Presiden PKR!!


 Kisah laki bini bertanding Presiden PKR merupakan satu keajaiban baru dalam dunia. Orang kata, perkara ni tak ada berlaku di mana-mana negara lain di dunia, hanya ada di Malaysia.

Tapi sedarkah anda, disebalik permainan laki bini tu ada cerita lain yang cuba parti PKR sembunyikan?

Anwar Ibrahim, bukan nama asing dalam politik, bahkan kita tahu akal, idea dan kepala hotaknya amat bijak mengatur atau membaca 'permainan' dalam politik, baik dalam parti ataupun di luar parti.

Anwar takkan buat sesuatu perkara yang tidak ada untung pada diri atau keluarganya. Sudah tentu, Anwar mencabar isterinya sendiri sebagai Presiden parti, dilihat satu perkara yang bodoh. Tapi sebenarnya ia merupakan perkara bijak yang akan menyelamatkan kuasa dominan keluarganya dalam PKR.

Azmin Ali suatu kuasa besar dalam PKR yang meningkat naik. Sudah tentu dia banyak belajar dari 'sifu'nya Anwar. Kalau sesiapa tahu sejarah bagaimana Anwar naik dalam politik, sudah tentu anda tahu Azmin juga mampu mengunakan cara demikian.

Perang 'dingin' diantara Azmin dan Wan Azizah sudah lama, malah perang 'dingin' Azmin dengan Nurul Izzah pun menjadi rahsia dalaman parti PKR. Pelan untuk Azmin menjadi MB Selangor diganggu Anwar, malah selama Azmin bersama PKR, tiada satu pun jawatan tertinggi untuk beliau.

Sampai bila Azmin harus mengikut punggung Anwar?

Sampai bila Azmin harus menjadi 'orang suruhan' pada Anwar?

Angin bertiup kencang bahawa Azmin mahu mencabar kerusi Presiden PKR. Kalau nak dibandingkan antara Wan Azizah dan Azmin Ali, sudah tentu peranan Azmin lebih penting dari Wan Azizah yang sekadar menjadi boneka dalam PKR.

Kerana takutkan cabaran Azmin, Anwar sanggup malukan diri dengan masuk mencabar kerusi Presiden PKR bersama Isterinya, perbuatan tersebut sebenarnya sebagai insurans untuk menyelamatkan kerusi Presiden PKR dari jatuh ke tangan orang lain, selain dari keluarganya sendiri.

Percayalah, kalau Anwar tak berbuat demikian, pasti ada yang akan mencabar kerusi tersebut.

Pernahkah orang PKR terfikir?

Sampai bila nak biarkan kerusi Presiden PKR hanya diletak boneka yang mengikut telunjuk? Apakah tidak ada orang lain yang lebih layak selain dari Wan Azizah untuk duduk dikerusi berkenaan? Apakah Anwar tak percaya pada demokrasi dalam parti sendiri? Parti yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia?

Atau memang orang PKR sendiri tak boleh nak fikir?

PKR ni parti untuk rakyat atau untuk keluarga Anwar saja? fikirkanlahh..

Baru jadi parti, tapi dah bolot, tamak sana, sini. Kalau dah perintah negara, rasanya apa akan jadi?


McTheory:
Patutnya Azmin masuk bertanding Presiden 3 penjuru.. baru best!

5 ulasan:

  1. dosa bsr bini lawan suami..

    BalasPadam
  2. Jadi tunggang langgang la malaysia ni.

    BalasPadam
  3. " Anwar Ibrahim has created enough trouble to the country "

    BalasPadam
  4. bayangkan klu ah jib vs big mama brtanding jawatan presiden umno.. siang malam kena kutuk caci bagai.. tp klu al jubs vs sepat kering pehh pencacai jilat je apa jawapan singai dia bg.. mmg bangsat!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!