Pages

Sabtu, 29 Mac 2014

INFO! #Bernas GAGAL Membela Pesawah? Jawab @IsmailSabri60 #DSIS


BERNAS GAGAL?

Bukan sahaja di dalam parlimen, bahkan di blog-blog pembangkang juga kecoh mengenai BERNAS kini disenarai keluar dari Bursa Malaysia.

Kata mereka selepas ini BERNAS tidak lagi mampu untuk membantu pesawah seperti mana dulu. Bahkan ada yang merekacerita bahawa BERNAS kini hampir bankrup dan tak mampu menampung sebarang kos lagi untuk membantu pesawah.

Benarkah BERNAS tak mampu lagi membantu pesawah? Adakah punca disenarai keluar menyebabkan BERNAS kini dalam keadaan getir?

Kita dengar jawapan menteri yang berkaitan,

Bagi Ismail Sabri adalah tidak benar jika penyenarai keluar Bernas dari Bursa Saham akan mengenepikan nasib pesawah sebab semua perjanjian konsesi yang dilakukan sebelum ini masih kekal.

Penyenaraian atau penyenaraian keluar BERNAS dari Bursa Malaysia tidak menjejaskan Perjanjian Konsesi semasa antara Kerajaan dan BERNAS serta tidak akan memberi kesan ke atas tanggungjawab dan obligasi sosial BERNAS kepada Kerajaan dan petani.

Tanggungjawab dan obligasi sosial yang dilaksanakan oleh BERNAS berdasarkan Perjanjian BERNAS adalah seperti berikut:


Jadi cerita kononnya BERNAS dah tak mampu nak jaga pesawah lagi itu adalah tidak benar. Selagi perjanjian konsesi masih wujud, selagi itu petani dan pesawah akan dibantu oleh BERNAS.

Bahkah kini untuk membantu pesawah, kementerian telah menetapkan harga siling untuk penjualan beras di seluruh negara.

“Walau serendah mana mutu padi jika tidak diletakkan harga siling pengilang akan jual sangat rendah dan ia akan memberi kesan kepada pesawah. Oleh itu mereka harus mengikut harga siling yang ditetapkan kerajaan,” katanya Ismail Sabri.

Katanya jika kerajaan tidak menetapkan harga siling maka tidak akan ada penyelarasan dari segi harga dengan mengambil contoh seperti yang berlaku di Kelantan RM980, di Kedah RM1050 di Selangor RM1200.


Penyelarasan harga beras sememangnya menyelamatkan pesawah dari menjadi mangsa mainan orang tengah.

Sebagai anak Kedah dinegeri yang terkenal dengan gelaran Jelapang Padi, Mc amat berterima kasih kepada kementerian kerana terus menerus membantu pesawah malah meringankan lagi beban dengan penyelarasan harga diseluruh negara.

McTheory:
Alhamdulillah ada menteri yang macam ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!