Janji Chew Mei Fun jika BN menang di Kajang!
1. Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.Bagi Mc, Kajang perlukan perubahan. Selama 5 tahun bawah Pakatan, pekan Kajang makin teruk, makin tak terjaga.
2. Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jabatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang memuaskan. Memantau keberkesanan MPKj dalam pembinaan dan penyelengaraan insfratuktur-insfratuktur termasuk jalan, longkang, lampu jalan dan kebersihan persekitaran.
3. Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yang di rancang oleh Kerajaan Pusat demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yang kian menular.
4. Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.
5. Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah, mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam, menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha membaiki keadaan keselamatan.
- Memperkuatkan check and balance terhadap Kerajaan Negeri Selangor.
- Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.
- Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yang konstruktif
- Sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!