Pages
▼
Isnin, 7 April 2014
HOT!! Siapa di Belakang Tian Chua Untuk Cabar Azmin Bagi Timbalan Presiden PKR?
Nampakya pemilihan parti PKR semakin meriah, sudah la ianya mencatit sejarah dunia apabila suami lawan isteri untuk tanding presiden parti, timbalan presiden juga ada cerita menarik!
Mengikut blog Yuseri Yusoff, pertembungan tiga penjuru melibatkan penyandang iaitu Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Tian Chua untuk jawatan Timbalan Presiden PKR juga dilihat bakal menghangatkan bahang pemilihan PKR 2014.
Menurut sumber dalaman PKR, perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR lebih panas selepas Tian Chua turut menawarkan diri untuk bertanding kerana Tian Chua dikatakan bakal mendapat bantuan sepenuhnya dari SUARAM.
SUARAM mahu Tian Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana keupayaan yang dimiliki oleh Tian Chua dalam menghasut dan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat.
Tian Chua antara peranan penting yang membantu SUARAM dalam memfitnah kerajaan konon terdapat perbicaraan di Mahkamah Perancis berkaitan pembelian Scorpene.
Malah SUARAM dikatakan akan membantu dan membiayai sepenuhnya kempen Tian Chua sepanjang pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April hingga 11 Mei 2014.
Nampaknya selain perlu melepasi halangan yang dibina dari kem Khalid Ibrahim, Azmin Ali terpaksa berhempas pulas merobohkan tembok yang dibina oleh Tian Chua dengan bantuan SUARAM yang dibiayai oleh Open Society Institute (OSI) yang diasaskan oleh Soros.
Sambung baca Double Y
McTheory:
Mampu ka Azmin nak harungi semua halangan ni? he he..
Hidup Pakatan. Hidup PKR. Tegakkan demokrasi. Tunjukkan kehebatanmu.
BalasPadamRamai pemuda barisan semakin sedar ada parti/pakatan alternatif selain dari barisan. Lebih terbuka. Boleh dikritik.
Mereka memerhatimu. Semoga ramai yang berubah pru nanti...
Hiduplah selamanya mengkhianat negara...
BalasPadam