Namun rahsia lelaki yang pernah dan masih menjaja sumbangan di Malaysia terbongkar, apabila banglo dilengkapi pelbagai kemudahan bernilai lebih ratusan ribu itu, didakwa miliknya.
Banglo terletak di tengah-tengah ratusan rumah penduduk Islam daif di Kampung Cham, itu dikatakan digunakan sebagai pusat operasi menagih sumbangan warga Malaysia kononnya bagi membina sekolah agama dan masjid baru di kampung itu.
Ustaz lingkungan 40-an itu dikatakan sering menjaja dirinya mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan berlandaskan Islam di negara itu yang dianggotai tidak sampai lima ahli, bagi menagih sumbangan terutamanya daripada warga Malaysia yang sering menjalankan kerja amal di negara itu.
Agak mengejutkan apabila banglo ustaz terbabit dilengkapi bekalan air bersih selain janakuasa bagi menyalurkan bekalan elektrik walaupun penduduk hanya menagih bekalan air hujan untuk keperluan harian, selain menjadikan kegiatan bertani dan menangkap ikan di sungai Mekong sebagai sumber pendapatan. [SUMBER]
2 ulasan:
Aku sekarang ,kalau ada org minta derma atas alasan nak bena masjid ke ,nak bena pusat tahfiz ke,utk rumah anak yatim ke memang aku tak beri dah,baik dari daloam negeri atau luar negara,banyak sangat penipuan.
Yang jual.jus doa..kismis doa.pati sunah..banyak dlm negara..air doa tok guru dgn bacaan yasin lah..kalau betul demi allah kenapa tak pergi empangan duduk situ doa utk umat...kan lebih afdal..
berseleindung disebalik islam utk laba diri..
Catat Ulasan