Semalam dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Mc tertarik dengan beberapa perkara yang di ulas oleh Dato Sri Ismail Sabri.
Mc hanya edit sikit dan isinya memang datang dari tuan punya badan.
Pertamanya mengenai Tragedi Pesawat MH370
Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi (bagi yang menerima berita ini) dan sedekahkan Al-Fatihah pada penumpang dan krew penerbangan yang terlibat.Pandangan Beliau Mengenai Reaksi Keluarga Penumpang China dan Pembangkang Malaysia.
Ulasan beliau mengenai tragedi ini,
Kejadian ini sungguh misteri. Apabila YAB PM mengumumkan bahawa perjalanan MH370 'ended' di Lautan Hindi berdasarkan radar yang kita teliti. Kenyataan PM adalah kesimpulan teknikal berdasarkan radar. Tidak pernah disebut bahawasanya pesawat itu terhempas atau penumpang terkorban. Terserah kepada masing-masing untuk mentafsirkan apa yang YAB PM nyatakan.
Jika ingin bercakap mengenai spekulasi, berbagai-bagai spekulasi yang boleh kita baca. Tetapi semuanya tidak berdasarkan fakta. Jadi, spekulasi hanyalah spekulasi.
Pencarian MH370 merupakan sesuatu yang sangat sukar. Kita juga jangan membuat spekulasi sendiri, kerana ini mungkin membawa kesan buruk dan memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa. Saya beritahu keluarga mangsa supaya kita harapkan semuanya selamat, tapi kita juga mesti mempunyai fikiran bahawasanya perkara yang buruk mungkin berlaku.
Nasihat saya kepada keluarga mangsa (orang di kawasan saya, Bera) yang hidup mesti meneruskan penghidupan, kerana yang telah tiada tidak mungkin akan kembali.
Sama-samalah kita berdoa untuk yang terbaik dan cuba mengurangkan spekulasi yang bukan-bukan kerana tiada guna kita menggembar-gemburkan berita yang tiada sahihnya.
Kita agak kecewa dengan pandangan, reaksi rakyat, keluarga China terhadap negara Malaysia. Namun, government to government relationship tiada masalah, masih berjalan seperti biasa.
Kita (kerajaan) tidak sorok sebarang info, kerana tidak mungkin kita boleh sorokkan apa-apa, kerana kita sama-sama, melakukan pencarian dengan China dan negara-negara lain.
Regardless of our race, language, religion and political affiliation, kita perlu bersatu dalam menghadapi bencana atau kemalangan.
Saya agak kesal kerana rakyat Malaysia masih kurang matang. Pihak pembangkang pula mengambil kesempatan memburukkan kerajaan.
Kemudian kita fokus terhadap apa program yang telah MOA laksanakan,
Program yang dilaksanakan ialah,
Program penanaman semula pokok buah-buahan di Raub.
Program flora dan fauna di RTC Kelantan.
Road to Maha di Teluk Intan, Perak.
Asian-India Meetings
Asian and Asian Pacific Ministers Conference in Mongolia.
Next conference, Malaysia will be the organizer and chairman, which is a very big honour to us since this is a very big conference.
Menyelesaikan Beberapa Masalah berbangkit di luar negara.
Kita akan menyelesaikan oustanding issues dengan negara-negara sahabat kita. Antaranya ialah Vietnam, MoU kerjasama pertanian. Juga dengan Indonesia, kita akan selesaikan isu berkaitan pertanian dan perikanan.
Dijemput oleh YAB PM ke Filipina. Hanya dua menteri sahaja yang dijemput, ministers of MOFA and MOA. Dalam ucapan PM, beliau menyatakan bahawa kita akan bantu Bangsa Moro dalam sektor pertanian. Ini bermakna MOA akan terlibat.
Kita juga membantu Aceh dalam sektor pertanian. Urusan kita dengan Aceh close deal hanya dalam masa dua minggu (janji dalam masa sebulan). Kelmarin, kita dah terima first shipment tomato, carrot, kubis dan kentang dari Aceh.
Jadi, kita harus sedar bahawasanya tanggungjawab kita (MOA) adalah semakin besar. Bukan setakat di dalam negara, tetapi juga di luar negara.
Kepercayaan YAB PM Pada MOA
YAB PM percaya dengan kemampuan kita, sebab itu apa kita minta, beliau beri. Jadi, tanggungjawab kita pula adalah untuk melaksanakan amanah yang diberi. Jangan hanya program yang dipromosi secara besar-besaran, tetapi peringkat pelaksanaan juga perlu dijalankan dengan tepat dan cepat.
Bukan hanya polisi, dasar dan program yang diumumkan adalah penting, tetapi yang lebih penting adalah pelaksanaan di peringkat akar umbi. Saya bimbang akan pelaksanaan di peringkat bawah.
Kita mesti laksanakan kepercayaan dan amanah yang diberi oleh PM (yang mana kepercayaan tersebut adalah daripada rakyat sebenarnya).
Antara ulasan beliau yang menarik, mengenai kakitangan kerajaan.
Ulasan mengenai kakitangan kerajaan
Tugas kakitangan kerajaan bukan setakat menyiapkan kerja pejabat, bukan hanya setakat melaksanakan tugas hakiki.
Sepatutnya, kakitangan menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat. Kakitangan kerajaan perlu menjadi penyampai apa sahaja polisi dan dasar yang diumumkan oleh kerajaan.
Kakitangan kerajaan mesti menyokong dan mendukung polisi yang diumumkan oleh kerajaan.
Kaki dan tangan, kaki dan tangan kepada kerajaan, jika kaki dan tangan tidak mengikut apa arahan kerajaan, berdalih dan terjun laut (maka badan pun akan mati lemas).
Jika kita bekerja dengan kerajaan, kita perlu mempertahankan dasar-dasar kerajaan. (bukan maki hamun macam pembangkang)
Dasar yang perlu dipertahankan
Contohnya, jika kerajaan melaksanakan GST, kita seharusnya menyampaikan dasar kerajaan tersebut kepada rakyat, bukannya kita yang paling depan sekali membantah pelaksanaan GST.
Ucapkan terima kasih kepada SPRM, kerana telah menempatkan seorang pegawai integriti di kementerian kita.
Beliau juga mengamalkan sifat kekeluargaan di dalam pengurusan kementerian.
Di kementerian kita, saya dah sebut bahawa kita adalah satu keluarga. Tiada vvip, tiada vip. Makan sama-sama, duduk sama-sama. Kalau saudara makan buffet, saya pun makan buffet. Kalau saudara makan pinggan plastik, saya pun pinggan plastik juga.
Baju-baju korporat juga sudah tak perlu. Batik-batik seragam juga tak perlu.
Program-program kecik tak perlu kain pemidang atau hiasan-hiasan melampau. Jika internal programs, buat santai-santai saja.
Kain rentang kat belakang ni pun (perhimpunan bulanan MOA) tak perlu tukar, guna sampai 5 tahun pun takpe. Kita nak cut cost. Bazir duit je.
Mc rasa tak ramai diantara kita yang bukan kerja dalam pertanian tau pasal MOA ni. Malah ada yang bertanya, MOA ni buat kerja ke tak? Tapi sejak di tangan Menteri baru Dato Sri Ismail Sabri, Mc nampak ada banyak perubahan yang beliau lakukan, hingga sanggup meletakan pegawai SPRM di pejabat beliau, itu bermakna beliau tak main-main dalam soal integriti.
Malah dalam ucapan beliau pun, penekanan mengenai dasar dan perlaksanaan program hingga ke akar umbi itu amat penting. Kerana, tak guna kalau kerajaan buat program beratus pun, tapi kesannya tidak sampai ke akar umbi, betul tak?
Mc rasa dibawah kepimpinan baru, MOA akan lebih efektif dan yang paling penting, kepentingan akar umbi perlu diutamakan.
McTheory:
Tahniah Dato Sri.. Insyallah MOA akan berjaya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!