Pages
▼
Ahad, 20 April 2014
INFO! Harta Karun Berbillion Ringgit Tertanam di Pulau Nangka, Melaka?
Antara teori mengenai harta karun yang ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan namun masih tidak luput sehingga ke hari ini.
Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.
Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.
Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.
Beliau menulis: "Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan).
"Gabenor (Alfonso d' Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut.
Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar."
Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu.
Menurut catatan sejarah, harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal 'Flor de la Mar' adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan.
Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi 'Flor de la Mar' itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511.
Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu.
Terbaharu apabila usaha berkenaan dilakukan oleh seorang bekas ahli politik. -14/4/14
Berkaitan:
Harta Karun Berbilion Ringgit Di Pulau Nangka, Melaka
Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini.
Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
"Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya.
Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.
"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri.
Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus.
Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.
Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas.
Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka.
Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.
Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas.
Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.
Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.
Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam. -RSN Murali/14/4/14
Hangpa mimpi ka apa?
BalasPadamKih kih kih. . .jgn marah. Dia buta sejarah. Maapkan aja.
BalasPadamditakuti harta tu disonglap pihak2 tertentu..pak2 menteri mesti akan campur tangan..so paham2 jer la
BalasPadamJom cari AHmad Albab
BalasPadamHaha ini harta bkn kau yg punya ini Ahmad albab yg punya
BalasPadamAskm memang taq malu n taq sedar diri.ITU harta bukan kerajaan negeri melaka tetapi haq empayar kesultanan melayu melaka.pie baca alquran surah Ali imran ayat 26 .tunggu lah yer janji Allah tiada sapo blh menidak kan so pewaris empayar kesultanan melayu melaka maseh Ada maka kau orang jgn naq tunjuk pandai yer nanti kena sumpah dapat ketulah .wasalam Dari y.m. raja putra
BalasPadamBiasa lah org melayu.. Klu x de dlm Quran kata itu syirik.. Tp klu ada org jumpa dia kata oh DLM Quran ada sebut. Tp Cari nya tak. Ape lah..
PadamMemang betul tu, orng melayu la katakan,percaya la kit pd yg ghaib
Padamassalammualaikum....., bila diminta : tampa syarat dan imbalan apapun saya siap membantu mengangkat harta karun tsb dari jarak jauh ( pulau batam ). dengan catatan harta tersebut untuk kemaslatan umat islam disana dan kalau memang itu benar peninggalan kerajaan Malaka.maaf bila ada perkataan saya yang salah/ nama samaran saya SUFI MALAKA. Wassalam
BalasPadamAskm sila kan selagi haq pewaris kesultanan melayu melaka tidak dipulangkan jgn mimpi lah ITU haq pewaris empayar kesultanan melayu melaka bukan hak kerajaan negeri melaka yg benar y.m r.p.s.n.u
BalasPadamHak pewaris apa yg mu cakapkan ni,itu hrta orng nogori punya
PadamNgapa org luar yg dapat tahu pasal harta itu... Org kita tak tau ke...
BalasPadamBenda nie yg Brtish cba carik dan nk ambik..tpi tk dpt..knpa di hebohkan..mmg dh tau hal nie..pegi ambik..nasib baek prjanjian ini dh dibuat...jgn bg lepas seketul harta itu tnpa prsetyjuan..
BalasPadamBUAT PENGETAHUN KAMU....SEMUA TEORI KAMU MENGENAI HARTA KARUN ITU MILIK KESULTANAN MELAKA ADALAH KURANG TEPAT...ZAMAN KESULTANAN MELAKA TIDAK BANYAK PENGARUH EMAS(HARTA KARUN)....TETAPI DI PULAU NANGKA TERSEBUT ADALAH SIMPANAN EMAS JAJAHAN JEPUN...PERCAYALAH...DI SABAH SAYA TELAH JUMPA TANDA-TANDA SIMPANAN HARTA JEPUN YANG SAMA MACAM DI PULAU NANGKA.....
BalasPadamSila angkat andai boleh jgn lupo empayar kesultanan melayu melaka semasa zaman pemerintahan duli al sultan empayar kesultanan melayu melaka memang kaya so kau orang jer yg taq sedar n buat2 taq tahu .aku memang tahu berapo byk harta peninggal empayar kesultanan melayu melaka. Buat apo naq kecoh kan pasal nanti yg kaya lupo diri n makin tak sedar diri.
BalasPadamItu harta Ahmad albab yang punyaaa.....ahmad albab yang punya....dengarrrrr.....ahmad alllllbaaaaaaaabbbbbbbbb!!!!!!! Hahahahahahahaha!!!!!!
BalasPadambila dh jumpa harta tu kontracktor dan pegawai yang jaga mesti CURI HARTA PULAU NANGKA , TAK AKAN UMUM JUMPA HARTA EMAS BERLIAN ,hanya umum jumpa tembikar ,cawan ,selipar,KATA NAK UMUM JUMPA tu WAYANG aje, yelah jumlah berbilions mata jadi tamak lah
BalasPadamAda orang kata harta Karun tu milik tentera Jepun. Jepun datang Tanah Melayu untuk berperang bila masa nak bawa duit syiling berpeti-peti. Bawak duit kertas cap pisang adalah. Syiling yang dijumpa ada tertulis kerajaan Majapahit, dimana Kesultanan Melaka banyak berurusan dengan kerajaan tersebut. Baca sejarah. Pada era kesultanan Melaka, Melaka adalah pelabuhan yang terkenal diseluruh dunia. Semua kapal dagang singgah di Melaka untuk berniaga dan bertukar tukar barang. Apabila Portugis menawan Melaka, menyebabkan lenyapnya kesultanan Melaka. Warisnya tetap ada. Senang sahaja kalau kita hendak menguji samada seseorang itu waris atau keturunan raja2. Hanya dua perkara yang boleh diuji. Samada duduk disinggahsana diraja atau memakai mahkota diraja yang asal atau asli. Sekiranya orang itu bukan keturunan raja2 maka akan berlaku ketulahan samada dia akan jatuh pengsan atau menjadi gila(hilang akal). Kelebihan ini memang anugerah Allah yang tidak boleh dipertikaikan. Yang dikatakan ketulahan contohnya ialah keturunan laksamana Bentan hingga tujuh keturunan sampai sekarang tidak boleh masuk ke Kota Tiingi. Kebanyakan mereka sebelum masuk Kota Tinggi akan pening dan muntah2. Itulah sebabnya kita kena pertahankan pemerintahan beraja dinegara kita. sebab raja2 Negara kita berdaulat.
BalasPadamSaya nasehatkan sekiranya harta itu bukan hak kita janganlah ambil. Serahkanlah kepada kerajaan untuk mentadbir Negara supaya kerajaan kita kukuh. Yang hendak mengaku waris pun dah jauh beberapa keturunan.
BalasPadamIni sumer poyo.... horeyyyyyyyyyyyy
BalasPadamaskm...memang itu harta hak pewaris kesultanan melayu melaka saya sudah risik ramai orang lama.selagi hak kesultanan melayu melaka sebagai sultan melak tidak diserahkan pada yg berhak anda semua tidak dapat mengambilnya.pie lah memnaca n tafsirlah sendiri ayat alquran semua ada tertulis
BalasPadamHarta tk jumpa tapi naga yg ada
BalasPadamKenapa berita pencarian harta karun dipulau nangka senyap sunyi je,dh jumpa ke belum langsung tk dengr kabarnya,kena hebahkan supaya rakyat dapat tau,jngn sembunyi kan perkabaran k
BalasPadam