Pages

Ahad, 27 April 2014

INFO! Kerajaan akan Mengarusperdanakan Institusi Pondok di Malaysia!! @NajibRazak @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


PENGUMUMAN Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memberi 50 tempat kepada pelajar dan guru pondok di institusi pengajian tinggi dengan pembiayaan sepenuhnya sewaktu merasmikan penutupan Ijtimak Pondok Malaysia semalam adalah berita cukup menggembirakan.

Buat masa ini, ramai pelajar pondok yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, seperti ke Pakistan, India, Mesir dan negara-negara Timur Tengah.

Namun, kerana pergolakan politik dan pelbagai masalah sosioekonomi di negara-negara tersebut, maka difikirkan lebih baik dan lebih selamat untuk pelajar-pelajar pondok yang berpotensi belajar di kolej atau universiti tempatan yang sesuai.

Hakikat bahawa Perdana Menteri sendiri hadir untuk membuat pengumuman ini adalah sangat signifikan. Ini adalah satu pengiktirafan kepada pondok sebagai institusi pendidikan yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan berpotensi.

Untuk melengkapi, Najib juga mengumumkan peluang kepada 50 guru agama yang berkelayakan untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Perguruan di Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Guru-guru pondok yang terpilih juga akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Kesediaan kerajaan untuk membuka ruang lebih besar kepada pelajar dan guru pondok dengan sendirinya menyanggah persepsi bahawa institusi pondok dipinggirkan.

Malah, tema ucapan Najib yang bertajuk Mengarusperdanakan Institusi Pondok di Malaysia jelas memperlihat usaha dan komitmen kerajaan untuk mendorong transformasi pondok agar terus relevan dan berkekalan.

Anugerah Kasih YAB Perdana Menteri kepada 10 buah pondok seluruh negara adalah lanjutan kepada anugerah sama yang diberi kepada 11 pondok dua tahun lalu.

Beliau juga memberi anugerah kepada Pusat Pendidikan Al-Baraqah, Perak yang dinobatkan sebagai Pondok Progresif 2014. Turut diraikan adalah tiga pemenang Anugerah Warga Emas Contoh dan tiga pemenang Anugerah Pelajar Contoh.

Kehadiran lebih 1,500 orang dari seluruh negara, yang mana dua pertiga adalah warga pondok, adalah sambutan yang cukup mengujakan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) sebagai penganjur. Mereka tekun mengikuti dan berinteraksi dengan tok guru pondok, tokoh profesional dan ahli akademik yang turut membentang enam kertas kerja serta menjadi panelis diskusi.

Sambutan orang ramai terhadap ijtimak ini juga terbukti dengan penuhnya dewan di Kolej Universiti Insaniah semasa berlangsungnya Forum Perdana bertajuk Aku Terror Bukan Terroris.

Dalam ucapan alu-aluan, saya mengumumkan kerjasama antara YPPM dengan Universiti Utara Malaysia dan Malaysian Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk membuat kajian yang lebih menyeluruh dan saintifik ke atas institusi pondok.

Maklumat yang lengkap dengan data empiris boleh membantu YPPM menyediakan laporan lebih realistik dan meyakinkan bagi mendapat komitmen kerajaan untuk membantu serta menyokong pembangunan dan pengembangan institusi pondok.

Di bawah pelan ini, YPPM dan MDeC akan mengenal pasti program digital yang boleh dilaksanakan bagi tujuan memartabat dan mengarusperdanakan pondok menjelang 2020.

Program ini akan guna kaedah Social Crowd Funding. Kita akan merangka dan melaksanakan pelan yang membolehkan penyertaan dan penglibatan orang ramai untuk membantu menyelesaikan permasalahan, kekangan dan keperluan pondok terutama kemudahan prasarana menerusi kaedah digital.

Pendekatan Social Crowd Funding juga akan digunakan bagi menggalakkan individu dan syarikat melabur dalam pembangunan modal insan yakni pelajar-pelajar pondok yang cemerlang dan boleh melanjutkan pelajaran.

Video ucapan dibawah,


2 ulasan:

  1. Alhamdulillah ... syukran jazillan

    BalasPadam
  2. Terapkan pembelajaran ilmu ilmu moden kedalam sistem sekolah pondok supaya orang Melayu akan maju dan tidak berfikiran kolot.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!