Pages
▼
Rabu, 9 April 2014
INFO!! Lokasi Kotak Hitam Pesawat #MH370 Semakin Hampir diketahui? #PrayForMH370
Misi pencarian MH370 kian meyakinkan apabila signal yang konsisten dengan kotak hitam pesawat berkenaan dikesan kapal HMAS Ocean Shields sebanyak dua kali di Lautan Hindi, semalam.
Perkara ini diumumkan Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston dalam satu sidang media sebentar tadi.
Dengan penemuan ini, Houston yakin misi pencarian kian positif dan akan menemui sesuatu tidak lama lagi.
Pengumuman ini boleh dikatakan penemuan paling meyakinkan selepas Towed Pinger Locator Ocean Shields diumumkan turut mengesan dua isyarat berasingan pada lewat Sabtu dan awal pagi Ahad lalu.
Isyarat tersebut dikatakan konsisten dengan isyarat yang sepatutnya dikeluarkan oleh dua kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan satu lagi rakaman suara kokpit.
Turut dilaporkan mengesan isyarat serupa adalah sebuah kapal China, Haixun 01 pada Jumaat dan tengah hari Sabtu lalu. Isyarat yang dikesan ini terletak di satu lagi lokasi kira-kira 300 batu nautika dari kapal HMAS Ocean Shield.
Bagaimanapun, HMAS Ocean Shields dan Haixun 01 akan menjalankan siasatan secara berasingan bagi mengenalpasti sama ada isyarat yang dikesan kedua-dua kapal ini akan membawa kepada berita yang sudah 33 hari dinantikan dunia.
Kenyataan itu disokong oleh dua lagi signal daripada Kota Hitam yang dikesan semalam oleh Ocean Shield yang membawa state of the art pengesan frekuensi kotak Hitam masing berdurasi 5 minit 25 saat dan 7 minit. Melalui pengesanan ini, maka harapan untuk menjumpai dengan segera titik dimana pesawat itu terjunam, akan diketahui dalam masa sedikit waktu lagi.
Jika titik di mana pesawat itu berjaya di pin point, maka Bluefin 21 akan digunakan untuk menjalankan pemetaan atau menentukan apakah memang ada bangkai pesawat di dasar laut. Berasaskan keadaan semasa, hanya MH370 yang sedang dicari membawa Kotak Hitam khusus untuk pesawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!