Pages

Isnin, 21 April 2014

INFO!! Sekitar Gambar Menarik Lawatan @IsmailSabri60 ke Pulau Bidong, Terengganu! #Dsis



Dibawah gambar-gambar menarik sempena lawatan kerja, Dato Seri Ismail Sabri ke Pulau Bidong, Terengganu.



Ketika menaiki bot dalam perjalanan dari Jeti Pulau Kambing ke Pulau Bidong yang mengambil masa kira-kira 1 jam.

Singgah berjumpa dengan pengusaha dan peternak penyu,


Sesi melepaskan anak penyu agar (Green Turtle) yg usianya lebih kurang 6 bulan di Pulau Bidong, lewat petang semalam.


Sesi sebelah malam pula melepaskan anak penyu agar (Green Turtle) yang usianya baru sahaja 2 hari di Pulau Bidong.

Kemudian Dato Sabri bertemu dengan para persatuan nelayan untuk mendengar luahan dan rasa hati mereka.

Sempoi tengok menteri duduk lepak bersama rakyat macam ni..


Sesi dialog bersama pemimpin 10 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) seluruh negeri Terengganu di Pulau Bidong. Setiap persatuan nelayan diwakili oleh 5 orang pemimpin PNK.


Sesi keesokan paginya, Dato Ismail Sabri mengunjungi tempat penjagaan coral.



Demo tentang cara-cara penanaman semula coral

Hari terakhir Dato Ismail Sabri sekali lagi bersama nelayan



Di Majlis Penutup Hari Bumi, Sehari Bersama Nelayan di Pulau Bidong, Terengganu. Memberi sedikit sumbangan dan hamper kepada persatuan nelayan yang turut sama memeriahkan majlis.

Ternyata, lawatan kerja ke Pulau Bidong dengan meluangkan masa bersama nelayan tempatan adalah satu aktiviti yang bermakna bagi penduduk tempatan dan nelayan di negeri Terengganu.

Dato Ismail Sabri ni, memang lain macam orangnya. Penduduk tempatan pun rasa teruja dengan pemimpin yang boleh bersama rakyat dan tak hiraukan langsung protokol.

Susah nak jumpa menteri macam ni. Tabik la kat Ismail Sabri. Teruskan usaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!