Pages
▼
Khamis, 15 Mei 2014
INFO!! Lagi Kilang Padi (PPK) Dibuka Untuk Bantu Petani!! @IsmailSabri60 #Dsis
Dalam posting yang lepas Mc pernah melaporkan tahun ini Malaysia akan cuba tingkatkan lagi pengeluaran beras dalam negara, malah kita cuba untuk menjadi negara pengeksport beras. Dulu kita mengimport, kini kita cuba nak eksport.
Sebab itulah kementerian MOA akan membuka lebih lagi kilang di serata negeri,
BESUT - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi membina sebuah kilang padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai di sini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pembinaan kilang berkapasiti 20,000 tan setahun itu membolehkan padi yang dihasilkan petani di daerah Besut dan Setiu dijual kembali kepada petani dan keperluan pasaran luar.
Menurutnya, kemudahan itu dibantu dengan kewujudan Pusat Pengumpulan Belian Padi PPK Gerai, Pelagat, Kerandang serta Setiu yang mencapai kapasiti sehingga 28,000 tan.
Beliau berkata, keputusan meluluskan pembinaan kilang itu dibuat setelah mengambil kira kepentingan 7,812 petani serta keluasan tanaman padi sebanyak 10,3714 hektar dengan purata hasil pengeluaran antara tiga hingga lima tan.
"Dalam perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad tempoh hari, beliau ada membangkitkan isu keperluan kilang pemprosesan padi di Besut.
"Permohonan ini telah dikemukakan sejak tahun 2000 dan saya difahamkan bahawa selama ini petani dan Pertubuhan Peladang akan menghantar padi ke kilang Bernas di Besut dan Setiu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Dana Kebajikan Sub Sektor Padi Peringkat Kebangsaan di Pusat Pengumpulan Padi Kawasan Gerai di Kampung Alor Keladi di sini kelmarin.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Selain Nawi, yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Zainal Dahalan dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Saipolbahri Suib.
Ismail Sabri turut menyarankan kilang yang bakal dibina itu membeli dan memproses padi dari Pasir Puteh, Kelantan agar peruntukan itu dapat dimanfaatkan bersama.
Menurut beliau, bagi mengukuhkan peranan Pertubuhan Peladang dalam subsektor padi, empat Pusat Pengumpulan Padi akan diwujudkan di PPK Bintong, Padang Serai, Seberang Perak dan Machang, manakala empat Pusat Pengumpulan Padi sedia ada akan dinaik taraf.
Masalah padi tempatan ni padi tak elok. Bukan baka padi tapi pengurusan sawah/ladang oleh petani kurang memuaskan. Saya cerita ditempat saya iaitu negeri Kelantan. jangan bandingkan dengan Kedah dan Perlis, pengurusan sawah mereka tahap terbaik. Kat sini, padi yang 65% - 70% masak sudah dituai (tidak masak sepenuhnya), kerana nak kejar untung (kalau terlalu masak seperti padi Kedah, padi jadi ringan dan timbangan kurang), Jadi, beras ini akan dicampur dengan beras import atau beras kedah, jadi lah beras nasional 15% yang ramai dok komplen cepat basi dan seperti makanan ayam tu. Memohon kepada pihak kementerian agar tingkatkan kualiti beras.
BalasPadamCerita padi ni, seratus tahun lagi kalau bawah bee end pun tak akan selesai
BalasPadamOtak sama macam dulu. Pegawai, pengarah, orang lembaga padi, kroni, menteri suma hidup senang. Pak tani dok mohon macam tu la dari dulu, kini dan ...
Negara tak banyak bencana alam teruk. Tak da salji. Tanah subur. Tapi kena import beras. Lihat negara lain yang maju dalam pertanian.