Pages

Jumaat, 1 Ogos 2014

HOT!! Fitnah Terhadap Malaysia adalah Permainan Propaganda Israel!! #SaveGaza


Sokongan pada Malaysia terhadap Palestine menyebabkan Israel mula melancarkan perang psikologi terhadap Malaysia. Mereka menganggap, dengan menuduh Malaysia melatih pejuang Hamas untuk teknik berperang. Mereka fikir Malaysia akan takut dan dunia akan menekan Malaysia?

Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

"Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin," kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

"Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara," tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel. Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan 'paragliding' untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

"Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel," ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel.


McTheory:
Demi menentang Israel, nyawa pun kami sanggup gadai!!

5 ulasan:

  1. Buat apa kita nak mendengar tuduhan negara PENGGANAS Israel-ZIONIS yg. sewenangnya menuduh HAMAS sbg. PENGGANAS – pi MAMPOS si ZIONIS-KEPARAT!

    CEO-CEO ASTRO/McDonald ZIONIS kat Malaysia ni patut diTANGKAP, di SAMAN BERBILLION dan diTUTUP kat NEGARA ISLAM ni - kerana Israel sudah jelas adalah NEGARA PENGGANAS MUSUH ISLAM plg. DAJAL; apalagi mengikut undg-undg PERLEMBAGAAN kita, Islam/umatnya mesti dilindungi/dipertahankan!
    HAMAS adalah pejuang pembebasan Palestin (RESISTANCE FIGHTERS) - yg. menentang PENJAJAHAN amat kejam PENGGANAS Israel-ZIONIS; yg. boleh sewenangnya membunuh/mengebom umat Islam termasuk bayi-kanak-kanak, ibu mengandung-kaum ibu, di merata tempat (berselindung bawah US-Barat/NATO) termasuk mahu menggunakan BOM NUKLEAR ke atas BUMIPUTERA Islam Palestin (lihat di - http://www.presstv.ir/detail/2014/07/29/373194/childkilling-sociopaths-of-israel/ , Child-killing sociopaths of Israel, By Dr. Kevin Barrett, Jul 29, 2014)! Maka, patut dibenarkan ditubuhkan pejabat bersatu HAMAS-PLO serta KEDUTAAN Palestin kat sini! Juga berika segera KERAKYATAN segera pd. pelarian-pelarian Palestin di NEGARA ISLAM kita ni serta BIASISWA pendidikan - apalah nak takut sgt. sedgkan S'pura dan Israel begitu galak mengambil BERJUTA PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDJAL utk. MENGURANGkan Bumiputera Islam kat sana!

    Dan patutnya K'jaan NEGARA ISLAM ni BANTAH (tak dengaq apa-apa bantahan pun setakat ini) dan TUTUP terus Kedutaan Jerman kerana bersubahat dgn. negara PENGGANAS Israel, maka Jerman adalah sangat bahaya kerana ia penyokong paling kuat ZIONIS-Israel bersama US/UK - lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014!

    Jadi K'jaan NEGARA ISLAM ni tak payahlah nak asyik APOLOGETIK/TUNDUK mcm. PENAKUT-nak-MAMPOS kat si KAPIRDAJAL MUSUH ISLAM!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  2. ✎ McTheory Jiwa Kacau1 Ogos 2014 pada 10:16 PG

    Kenapa Malaysia dan bukan Indonesia yang menjadi mangsa fitnah?

    Mari sama-sama kita fikirkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PASAL YG BUAT TEORY SURUH PIKIR TU JIWANYA KACAU. . . . .KAH KAH KAH. JGN MARAH. GURAU.

      Padam
  3. Bukan Malaysia yang cakap pasai Isreal tapi Mamak Kuti yg bercelupar, kalau nak tangkap seekor itu boleh lah, jangan pula aniayakan berjuta juta rakyat Malaysia.Sedap cakap , tapi kalau rakyat yang kena tanggung tempiasnya tak memadailah.

    BalasPadam
  4. Bukan Malaysia yang cakap pasai Isreal tapi Mamak Kuti yg bercelupar, kalau nak tangkap seekor itu boleh lah, jangan pula aniayakan berjuta juta rakyat Malaysia.Sedap cakap , tapi kalau rakyat yang kena tanggung tempiasnya tak memadailah.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!