Pages

Sabtu, 26 Disember 2015

Kekalkan dan Nikmati Perpaduan Dalam Malaysia - Liow



Sempena Sambutan Hari Natal yang lepas, Presiden MCA, Dato Sri' Liow Tiong Lai memberi mesej dan menyeru semua rakyat untuk mengetepikan perbezaan dan bekerjasama sebagai satu keluarga Malaysia yang bersatu padu. Malah rakyat Malaysia juga mesti menentang unsur-unsur negatif yang membawa kerosakkan didalam masyarakat kita.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru supaya kita terus bekerjasama dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dalam negara, kerana ia amat penting bagi masyarakat majmuk seperti kita.

Menerima nilai-nilai kebaikan dan saling menghormati. Penerimaan dan pemahaman tentang kepercayaan yang berbeza, tradisi dan budaya saudara-saudara kita adalah lebih diperlukan. Ini semua bagi mengelakan salah faham diantara kita.

Rakan warga Malaysia, sebagai sebuah negara yang meraikan pelbagai perayaan, kita mesti mengambil kesempatan ini untuk menghargai pelbagai adat resam dan latar belakang yang ada di Malaysia. Kita benar-benar bertuah kerana dapat meraikan kepelbagaian budaya di negara kita dan menikmati wadah tumpuan masyarakat berwarna-warni mengikut budaya Malaysia.

Dalam masa yang sama beliau juga berpesan pada yang memandu untuk pulang ke kampung. Supaya sentiasa berhati-hati dan jika letih atau mengantuk, tidak lupa untuk berhenti dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!