Pages

Ahad, 24 April 2016

Tengku Sarifuddin saja buat-buat tak faham isu! @MukhrizMahathir


Sekali lagi Tengku Sarifuddin tidak memahami isu sebenar. Malah, dia mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali bilamana beliau mendakwa saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk memenuhi cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Yang pertamanya, saya ini seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan tidak seperti seorang Ahli Parlimen, saya tidak layak memegang sebarang jawatan Persekutuan, melainkan dilantik sebagai Senator. Begitupun, apakah kebarangkalian seorang PM melantik seseorang sebagai Senator semata-mata untuk mengangkat beliau ke jawatan Perdana Menteri?

Keduanya, jawatan Naib Presiden tidak menjamin penyandangnya akan menjadi Perdana Menteri. Jangankan jawatan tertinggi, sebagai seorang menteri pun belum pasti, sepertimana yang boleh diperakui Dato’ Seri Shafie Apdal.

Yang ketiga, tidak semestinya seorang bergelar Yang Berhormat sahaja layak bertanding jawatan Naib Presiden, sekaligus menyangkal pendapat bahawa semua Naib Presiden semestinya menyimpan cita-cita untuk memegang jawatan tertinggi kerajaan Malaysia. Yang dimaksudkan, Ali Rustam.

Begitu jelas sekali bahawa serangan dan kutukan silih berganti yang dilemparkan terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato’ Seri Shafie dan saya sendiri bertujuan untuk mengalih perhatian Rakyat dari isu-isu sebenar dan perlakuan jenayah iaitu berbilion wang 1MDB yang lenyap, yang mengaitkan secara langsung Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihatnya; jutaaan wang milik SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri; dan wang RM2.6 bilion atau berapa jumlah sebenar yang dengan begitu murah hati “didermakan” oleh seorang putera raja sebuah negara yang sedang berusaha meminjam sebanyak USD10 bilion daripada bank-bank antarabangsa.

Eloklah Perdana Menteri merombak barisan pegawai-pegawainya kerana strategi-strategi Perhubungan Awam mereka tidak membantu beliau sedikit pun. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan telah menghakis sedikit kredibiliti yang beliau masih miliki. Tetapi, beliau sebenarnya sudah tidak wibawa.



YB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
Adun Ayer Hitam
Ketua UMNO Bahagian Jerlun

2 ulasan:

  1. Sebenarnya sama aja taraf pemikiran dua2 orang ni semasa bertanding NP tu belum lagi jadi Adun
    2 x 5 = 5 x 2....

    BalasPadam
  2. kamon la mukhriz... u can deny all u want... use shapiee as example.. but can u really deny the fact that this is one of ur father ambition??? he's already has everything a successful leader wanted.. only one thing left... LEGACY.... u want to say that u r not the prodigal son to carry on THE MAHATHIR name ke??? orang yang tahap pemikiran kebanyakan la.. but hardworkers, succesful and ambitious people knows best la.. so please dont insult and degrade org kebanyakan lagi la.. kesian diorg jadi alat permainan politik... korang tujuh ketrunan harta makan tak habis.. org kebanyakan ni dok mkn ludah dan muntah politician je laaa...

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!