Pages

Rabu, 15 Mac 2017

Umno akan serah beberapa negeri kepada Pas?


Umno Kedah tak perlu susah payah berkempen lagi, sebab UMNO hq dah serahkan negeri Kedah pada Pas.

Kalau mengikut apa yang Presiden Pas kata, ada beberapa negeri yang Umno akan diserahkan kepada Pas bagi persetujuan kerjasama mereka.

Hadi Terangkan Bentuk Kerjasama Pas dan Umno Di Dalam PRU14 Mengikut Pembahagian Kerusi. Persetujuan bersama yg telah dicapai. Hanya menanti perlaksanaannya.

Transkrip Ucapan Hadi

*Pas minta Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor diserahkan kepada Pas untuk memimpin. Selebihnya biar serah kepada Umno.*

"Sebab itu bagi Terengganu, bagi Kelantan, bagi Kedah, bagi Perak, bagi Selangor biar PAS memimpin. Negeri lain umno nak lagi bagi ke dia. Kalau boleh nak perintah habis, nak telan habis. Tapi mulut kita luas mana nak telan habis?

Kita kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik Islam. Ini sangat penting. Kita kena sedar. Ini budaya politik matang dan sejahtera yang kita lakukan pada hari ini.

Orang umno pun selesa. Mereka pun tak mahu tegang, tak mahu berbalah lama. Tak mahu keras. Lembut. Lembut inilah kita boleh berdialog. Kita boleh berbincang untuk mencari mana benar, mana salah. Kalau silap kena perbetul.." ~ Presiden Pas

Admin: Jadi Orang Umno Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor nak komen apa? Patut la Pas sekarang tak lawan Umno lagi. Ada udang disebalik mee?

Sepatutnya jika kita muslim yang baik, kita patut menentang kemungkaran. Bukan bekerjasama dan menyelamatkan Kerajaan kuropsi.

Walaupun ada negeri yang Pas memerintah, namun Kerajaan Persekutuan tetap diperintah oleh Umno!

Kenapa Pas perlu menjadi tongkat kepada Umno? - MMFC News

Video penuh ucapan Hadi,

1 ulasan:

  1. Kalau betul lah kenyataan ni... well , persepsi atau pandangan kita perlu jelas dan nyata serta kekal bersikap jujur dan tidak bersikap telunjuk lurus kelingking berkait atau paling tidak jangan menjadi seperti melepaskan anjing tersepit sebab semua orang kat malaysia ni kenal pemimpin UMNOBN cam mana pemikiran dan sikap mereka.
    Apa pun harap PAS jangan terlalu meletak kepercayaan seratus peratus kepada UMNOBN ni (walaupun berburuk sangka tu bukan sesuatu yang baik tetapi Allah juga menyuruh kita supaya perlu berhati-hati dalam segala usaha dan ikhtiar lebih-lebih lagi bila berurusan dengan pihak-pihak yang pernah menjadi musuh no 1 kita) dan sikap berhati-hati itu dituntut bila berhadapan dengan pihak-pihak dan golongan yang TAK NAMPAK SEPERTI MUSUH secara luaran sebab golongan seperti ini tak akan senang hati selagi mereka tak dapat menghancur dan memijak-mijak kita walaupun sekiranya kebaikan dapat dirasai oleh sekelian manusia termasuk mereka sendiri.
    Bukan hak saya atau sesiapa untuk meminta orang lain berdoa agar semua ni menjadi kenyataan, namun sekiranya sememang itu yang menjadi ketentuan Allah takde satu kuasa di seluruh alam ni yang mampu menghalangnya begitu juga sebaliknya

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!