Rabu, 6 Oktober 2010

GEMPAR!! APABILA BEROK DI MALAYSIA PANDAI BAWAK KERETA!

Ada satu malam, sewaktu Mc sedang mahu mulakan perjalanan ke Seremban. Mc singgah isikan minyak kereta di Esso Sunway. Selepas isi minyak Mc pun mahu mulakan perjalanan, sampai selekoh keluar, tiba-tiba datang satu kereta di hadapan Mc sambil mengangkat lampu tinggi (high beam).

Sudahla salah lorong masuk, lagaknya macam dia pulak yang betul, Mc pun malas nak bertegang, Mc undurkan kereta sikit, untuk beri laluan kepadanya. Dengan lagaknya mamat tadi berlalu sambil kuatkan enjin kereta. Nak tunjuk samseng la konon.

Mc malas nak layan, nak cepat. Mc pun teruskan pandu. .sampai je ke satu selekoh simpang tiga. Mc layan kepala pandu, tiba-tiba datang sebuah kereta Mercz pintas hadap Mc. Selamatlah Mc sempat tekan break, kalau tak tentu dah langgar belakang keretanya. Bawak kereta macam sial!.

Tu ok lagi, bila sampai simpang traffic light, Mc punya kereta depan sekali, bila hijau je Mc pun tekan minyak, tiba-tiba bunyi hon kuat sangat, rupa-rupanya ada satu lori laju gile dah langgar traffic light. Kalau Mc terus keluar mesti Mc dah berlanggar dengannya. Buruk perangai betul la. .

Bila dah sampai atas highway, Mc pun pecut, kiranya 130km, ingat Mc dah laju, tiba-tiba bunyi satu deruman enjin yang kuat, dari belakang, rupanya ada satu kereta sport sedang cucuk angin sambil bagi high beam. Mc beri laluan, dan dia pun terus pecut. Rasanya kalau Mc bawa 130km, mamat tadi tu sahih dah lebih 150km.

Mc bukan nak cerita tentang pengalaman Mc. Mc cuma nak berikan contoh, bagaimana beruk berupa manusia bila dah pegang stereng. Bayangkanlah kalau Mc ni seorang pelancong asing yang sedang memandu. Bagaimana pandangan seorang yang asing dengan Malaysia? Tentu Malaysia dianggap sebagai negara yang tiada undang2 jalanraya.

Apa ni? Pada siapa kita perlu salahkan semua ini? Takkan kita nak salahkan pada kerajaan semata? Ini tanggung jawab kita, bila kerajaan ambil tindakan, saman. Ada pulak yang melenting, bila kerajaan biar, ada pulak jadi raja berok ditengah jalan.

P/s: kalau orang, takkan nak bawak macam tu.

Mctheory:
Dahsyat kat Malaysia ni, beruk pun boleh bawa kereta!

3 ulasan:

ISAC berkata...

Alo bro... Ko kate aku beruk ke?

:). Orang Malaysia memang mcm tu... :)

PUTRA MERDEKA berkata...

bro, kalau pelancong asing dah lama mati berlanggar...huhu

Tanpa Nama berkata...

gitu la...saya pun pernah kene, bila saya agah beruk tu, saya pulak dituduh road bully...maklum la saiz agak besar...alng2 org dah tuduh kita road bully, saya sergah dia...menggigil...tak sia2 ari2 gi gym....