Isnin, 4 Oktober 2010

GEMPAR!! APABILA RPK MULA MARAHKAN ANWAR!!


Merasakan dirinya bagai tidak diperlukan, RPK atau lebih dikenali sebagai Raja Pundek Kamaruddin mula hilang sabar dengan Anwar. Baca sedikit artikel yang Mc ambil dari portal kroni Anwar.

Nampaknya, blogger Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin sudah mula hilang sabar dengan memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu pertemuan di sini semalam.


Ketua Pembangkang itu juga telah dipaksa menzahirkan pendirian terhadap masyarakat madani selepas Raja Petra, yang menjadi tumpuan pelbagai gerakan akar umbi di Malaysia, mencabar PR berhubung komitmen mereka terhadap pembaharuan yang hendak dibawa dan dilaksanakan.


Pada sesi dialog dengan rakyat Malaysia di sini, Raja Petra yang mesra dikenali sebagai “RPK”, mengancam untuk menarik balik sokongan kepada  PR dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas - pilihan raya kecil yang ke-12 sejak Mac 2008 - atas alasan perikatan tiga parti politik itu telah gagal untuk menunaikan janji-janji menjelang pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perubahan dalam landskap politik negara.


PR memenangi lima negeri selain menguasai 82 kerusi di Parlimen, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. Sehingga pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai Julai 2009, Raja Petra seringkali turun ketika kempen pilihan raya kecil untuk membantu calon-calon PR. Raja Petra berada dalam buangan kendiri sejak pertengahan tahun lalu.


“Oleh kerana itu, kami turun ke bawah, kami berkempen dan merentasi seluruh Malaysia,” kata beliau lagi merujuk kepada kempen ketika pilihan raya umum Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang menyusul.
Justeru, Raja Petra melahirkan rasa tidak puas hati kerana PR belum lagi menunaikan janji-janji yang digariskan dalam manifesto meskipun menguasai pemerintahan beberapa kerajaan negeri sepanjang dua setengah tahun lalu. Nak baca artikel penuh klik sini.

Mc rasa ini bukan berkaitan dengan janji-janji Anwar pada rakyat, tapi lebih berkaitan dengan janji Anwar pada dirinya. Seperti yang kita ketahui, RPK sudah kehilangan penajanya untuk terus hidup diluar negera. Sebab tu dia ni ada cadang nak balik Malaysia. Mungkin Anwar sudah tak mampu untuk menyara 'biawak hidup' ni diluar negara. Lagipun apa gunanya lagi si RPK ni untuk Anwar? Segala tohmahan, tipu helah dan fitnah yang dibuat oleh RPK sekarang, hanya menjadi bahan mainan rakyat sekeliling.

Kamu semua percaya ke orang macam RPK ni ambil peduli pasal negara dan kemudahan rakyat? Apa yang dia tahu pasal Malaysia? Sedangkan dia berada diluar negera hidup sebagai pelarian. Ini semua kes nak jaga periuk nasik sendiri lani. Ko dengan Anwar tu sama je la RPK weii.. lagipun ko ni diibarat anjingnya saja, bila dia nak dia jaga. Bila dia takmau, dia buang. Sendiri mau ingat la..

Sama la macam apa yang Anwar buat pada semua rakan-rakan dia yang lain, dia berkawan baik bila nak guna orang je. Bila dia dah takmau lagi, ko akan dibuang jauh-jauh. Sebab tu sekarang ni, ramai kawan karibnya sudah lari meninggalkannya. Ada faham!!

P/s: Orang macam Anwar ni mana boleh percaya.. kesian ko RPK diperbodohkan..

Mctheory:
Apa nak buat.. nasib badannn..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anwar dan Tien Chua snyum penuh makna bila Raja Petra mengecam Anwar dan Pakatan Rakyat.....dalam hati mereka berkata Padan la dengan muka kau Petra....siapa Petra nak ancam anwar Raja Belit Malaysia....Petra Gelabah tahap cipan...

Tanpa Nama berkata...

Nak buat apa balik tinggallah di negara org lagi allah itu maha kaya dan adil pada hamba hamba nya RPK raja fitnah nah sekarang kau terima pula balasan dari nya kerana memfitnah isteri PM pintu rezeki kau telah di tutup rapat olih allah sekarang kau akan merepat dinegara org Anuar telah bosan dengan kau kerana tidak membantu dalam kes liwat dia dia bayar kau untuk fitnah seberapa banyak yg bolih tapi kau larikan diri kau keluar negara utk hidup senang lenang dengan tajaan PKR(ANUAR)