Ahad, 10 Oktober 2010

MISTERI!! APA KAITAN DIARI MERAH DENGAN ANWAR MELIWAT??


Apabila Saiful Bukhari membuat laporan polis mengenai tindakan Anwar meliwat dirinya, Rahimi Osman bekas Setiausaha Anwar menyatakan Ketua Umum PKR tersebut telah berada dalam keadaan mengigil ketakutkan dan mukanya berwajah pucat lesi.

“Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi”. Cabar Rahimi kepada pemimpin PKR dalam satu kenyataan.

Rahimi memberi kenyataan demikian bagi membalas kenyataan Latheefa Koya yang telah menfitnah dirinya mencari perlindungan dari pihak berkuasa saat kes liwat Saiful Bukhari meletup, sebelum itu pada 6 Oktober lalu beliau telah membuat laporan polis mengatakan dirinya telah edipaksa oleh Latheefa Koya dan Saiful Izham untuk menandatangani akuan bersumpah pada tahun 2008 melibatkan kes liwat Saiful Bukhari.

Rahimi juga dengan berani telah menempelak bekas bosnya Anwar Ibrahim,
“Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?” soal Rahimi dengan lantang, seolah-olah ada sesuatu yang Rahimi tidak berpuas hati dengan pencabul kepada rakan baiknya Saiful Bukhari.

Tindakan Rahimi membuat laporan polis sememangnya membuatkan Anwar tidak senang duduk di New York, kesempatan yang ada di di sana disi dengan mengajak teman baiknya si Al Gore ( juga biseksual) untuk menenangkan jiwa mendengar alunan muzik Mozart dari American Muzikal Orkestra .

Tak tahulah apa yang diluahkan oleh Anwar kepada Al – Gore, mungkin untuk meredakan ketegangan fikirannya setelah “Sodomy Tour” di Eropah pun tidak berjaya sepenuhnya dan begitu juga situasi yang tidak memihak kepada dirinya di Malaysia ekoran pendedahan Rahimi.

Pendedahan Anwar pucat lesi tatkala kisah belakang tabirnya terbongkar sememangnya mengejutkan, sebelum ini bukan main angkuh lagi beliau mencabar dan memperlekeh sesiapa sahaja untuk berlawan dan bermain politik dengan dirinya.

Namun kerana air mani dirinya di dalam punggung Saiful, keegoan dan riak tokoh masyarakat Madani itu layu-selayunya seolah sedang berjumpa dengan hantu pontianak.
Itulah Anwar Ibrahim manusia berwajah pelbagai wajah yang penuh hipokrit dan tipu daya.
Setelah gagal meraih perhatian dari pemimpin Amerika Syarikat dan malah Presiden Obama langsung tidak mempedulikannya. Anwar cuba melobi pemimpin di Eropah agar turut menekan kerajaan Malaysia ekoran kes liwatnya.

Namun apakan daya lobi beliau juga alami kehampaan, hanya badan-badan bukan kerajaan dan beberapa pihak yang ada kaitan dengan perjuangan LGBT sahaja yang ingin membantunya, antaranya seperti.

Di Eropah beliau cuba sehabis mungkin meraih simpati kerajaan eropah, namun kerajaan eropah pun mengambil tindakan sama dengan Obama enggan masuk campur isu liwat tersebut.

Rakan baik Anwar Yahudi Soros berhabis daya melalui medianya di eropah untuk melobi Anwar namun yang sanggup membantu hanyalah Amnesty International sebuah badan yang agresif melobi hak kumpulan Gay Lesbian (LGBT) sejak 2001 supaya masyarakat LGBT memperolehi hak sebagaimana orang biasa.

Manakala di German hanya party hijau (Green party) sahaja yang menggesa kerajaan Malaysia menarik balik tuduhan kepada Anwar Ibrahim. Green Party merupakan antara parti paling mesra LGBT dan menjadi pembela kepada hak LGBT di parlimen Jerman, salah seorang ahli parlimennya juga merupakan seorang Gay.

Samada Anwar tertekan dengan situasi terbaru ini, hanya Anwar dan kenalan terdekat sahaja yang tahu.

Satu perkara yang aneh juga menjadi tanda tanya ialah kenapa Rahimi Osman yang pernah disembunyikan oleh Anwar di Hotel Quality Shah alam pada tahun 2008 apabila isu Saiful meletup, Anwar dan kumpulannya kini cuba memperlekeh dan menyerang dengan agresif bekas pemegang diari merah Anwar tersebut sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Saiful Bukhari dan Ezam Mohd Noor.

Yang pelik dan menjanggalkan lagi dakwaan Latheefa Koya bahawa Rahimi telah mengigil ketakutan semasa itu sebenarnya adalah tidak logik, kerana yang meliwat Saiful bukan Rahimi tetapi Anwar Ibrahim. Rahimi hanya bertindak sebagai rakan baik kepada Saiful sahaja. Oleh yang demikian, dakwaan Rahimi bekas bosnya yang mengigil ketakutan lebih berasas dan masuk akal.

Kisah Anwar dan Rahimi dijangka tidak habis dalam tempoh terdekat, berdasarkan kenyataaan Rahimi ke atas Anwar dan PKR sekarang, seakan ada pendedahan lain akan muncul berkaitan apa yang berlaku sebelum ini antara moral Anwar Ibrahim dan partinya.


Sumber Tomyam Pok Tek

Mctheory:
Fuuyyooo makin dahsyat cerita Anwar ni, macam kisah hollywood pun ada ni..

1 ulasan:

Wanredone berkata...

Mungkin katanya kepada Al Gore...."honey, mai i GORE (****) your back side?