Isnin, 11 Oktober 2010

MISTERI!! NIK AZIZ MEMANG KAKI PUSING KELILING!! CAKAP BERBELIT!


Tidak dinafikan bahawa hubungan diantara kerajaan pusat dan kerajaan Kelantan memang agak renggang. Bukan saja kerana berlainannya parti pemerintah, tapi juga berlainan fahaman. Semalam N.ajis beri kenyataan pada media, bagi Mc ini bagaikan luahan hati seorang MB Kelantan. Luahan hati seorang pemerintah negeri.

Maka buat pertama kalinya seorang menteri Pas meluahkan rasa, mengharapkan bantuan kerajaan pusat untuk menjaga dan memajukan negerinya.

Kelantan adalah negeri pembangkang, bukan musuh Kerajaan Pusat sehingga dinafikan pelbagai hak termasuk menafikan 118 projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Pusat menghentikan begitu banyak projek yang sepatutnya diperolehi negeri itu semata-mata ditadbir parti pembangkang.

Ketika mula memerintah Kelantan, katanya, Kerajaan Negeri memohon beberapa projek pembangunan termasuk membina pelabuhan dan lapangan terbang namun ditolak.

“Perdana Menteri ketika itu memberi alasan laut kita cetek, sedangkan manusia boleh menyelesaikan masalah sedemikian termasuk dengan cara mendalamkannya. Nak sambung baca klik sini.

Mc nak beritahulah.. N.ajis pun kena fikir dari sudut yang lain. Macam mana pulak layanan Pas Kelantan pada kerajaan pusat? Bagus sangat ke? Masalahnya lain sekarang ni, kerajaan pusat memang berminat untuk majukan Kelantan, tapi jika ditimbang tara, banyak keburukkan dari kebaikkan yang kerajaan pusat dapat.

Siapa tak kenal dengan puak Pas. Jika ada duit, apa puak Pas akan buat?? Jika Kelantan maju jaya, siapa yang akan dapat nama? Kalau kerajaan pusat tak buat projek, Mc nak tanya pulak kat Kerajaan Pas Kelantan, apa yang kerajaan negeri dah buat selama 20 tahun bawah N.ajis?? Masjid baru yang dibina berapa buah? Kerajaan negeri masih lagi boleh cari pelabur dan masuk buat projek kat Kelantan, kenapa tak buat tu semua?

Negeri BN yang lain pun hadapi isu yang sama. Cuma bila negeri dari BN sendiri, memangla senang nak buat kerja, tak sama dengan negeri yang ditadbir oleh Pas. Jika dulu N.ajis tak pernah peduli pun pasal kemajuan Kelantan, kenapa kini baru nak bising? rakyat dah mula bising ke? Tak payah cakap belit-belit, nanti kepala pusing, N.ajis juga yang pening.

P/s: Lembu punya susu, sapi yang dapat nama. Selalu jadi macam tu.

Mctheory:
Teringat lagu Amuk, 'demo lonih tak serupa dulu, ngan kawe pung nak pilih bulu.. he he he..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah gatal nak perintah kelantan..sendirila perintah..sendirila buat pembangunan..pandai2 la carik duit..
la..ni nak perintah tapi duit mintak orang...bodo punya pas
cakap plak xde kuasa...aparaa lu..bodo ke ape ore2 pahs nih..

Tanpa Nama berkata...

Laa ni..., nampaknye trend pencacai2 PAS men'jawab' tuduhan2 kepada pemimpin mereka dah makin berkurangan... Agaknya semakin ader yg dah 'kembali ke pangkal jalan'... atau ader jugak yang dah bersara trus dari politik bodoh mereka..

Apapun.., yang betol2 al-taksub tu, toksah kire ler... masih ramai yang dokong PAS..(macam dokong biawak idup!)

Negara Islam yang mereka dok laung2 skrg ni entah KIV kemana. Pemimpin2 PAS berani & gah berceramah bab2 Islam ni kat kampung2 jer... Kat Parlimen, takder sorang pun yang berani desak kerajaan BN buat undang2 Islam. Usahkan nak desak..., nak sebut perkataan 'Islam' pun takutt! Takut abang2 DAP & PKR kapir bagi penampar.

Degil sombong!

Tanpa Nama berkata...

JanjiPilihanraya-- Kelantan akan dijadikan negri tercanggih termaju dgn kebijaksaan,tersohor pemimpin nya dengan idea bernas..Lepas pilihanraya..negri hambo tak sapo nak bagi pitih weh....nak bangun macam mana weh...