Khamis, 14 Oktober 2010

PANAS! CERITA SEBENAR BEKAS PEMBANTU ANWAR BUAT LAPORAN POLIS!


Selepas Rahimi Osman, seorang lagi pembantu khas Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah yang mereka tanda tangani sebelum ini bagi melindungi bos mereka daripada dikaitkan dengan kes liwat terhadap Saiful Bukhari. Apabila Rasid baru keluar dari persembunyiannya dan buat pengakuan, maka tidak lama lagi Anwar akan terkancing gigi....!!!

Baca juga laporan berkaitan Rasid di sini, di sini, atau di sini...!!
Kenyataan penuh Rasid Rosdi
Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13 Oktober 2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa di dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.

Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI.

Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut.

Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus.

Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya. Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu.

Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia.

Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut.

Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah.

Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri.

Sumber Mesin Taip Buruk

Perghh.. nampaknya makin dahsyat sekarang ni. Lepas satu timbul, timbul pulak lagi satu. Dok kata dah.. kebenaran pasti terbongkar. Bangkai bila sembunyi lama-lama, makin lama makin busuk. Mana boleh tahan. Habis la ko Anwar.. patutla sampai sekarang ko tak balik2 Malaysia lagi ye..

P/s: PKR memang gila, dari kepala sampai ekor..macam2 ada.

Mctheory:
Dulu dia sedap dok 'balun' tiba masanya dia pulak kena 'tibai'.

Tiada ulasan: