Isnin, 4 Oktober 2010

PANAS!! PENIAGA MELAYU 'DISABOTAJ' DI ALAMANDA PUTRAJAYA!!


Surat dari pembaca di Utusan Malaysia,

SAYA bersimpati dengan nasib peniaga Melayu di Alamanda, Putrajaya. Menurut cerita peniaga kiosk di sana pun menerima tekanan. Kebanyakan peniaga kecil adalah orang Melayu. Pelanggannya pun sudah tentu daripada penjawat kerajaan dan penduduk di Putrajaya yang sedia maklum terdiri daripada orang Melayu.


Sewa di kiosk pun khabarnya sedikit demi sedikit naik setiap tahun. Sekarang sewa sebuah kiosk yang kecil sudah mencecah RM3,800.


Sebelum ini, ia diuruskan oleh Putrajaya Holdings. Tetapi, sejak Januari 2010, ia diambil alih Suria KLCC. Dan bermulalah era baru di mana keseluruhan pengurusan telah dirombak dan bermacam-macam peraturan baru yang kadang kala tidak masuk akal dikenakan. Dahulu bahagian kiosk dijaga oleh seorang Melayu, sekarang ia telah diambil alih seorang wanita Cina.


Apa yang mengejutkan sejak wanita itu mengambil tugas, kontrak peniaga kiosk yang tamat tempoh tidak diperbaharui. Saya minta pihak kerajaan melihat perkara ini dengan serius kerana mungkin ada unsur mensabotaj para peniaga Melayu di Alamanda. Mungkin ada usaha mahu mengeluarkan peniaga Melayu dan memasukkan peniaga Cina di Alamanda. Mengapa semua pusat beli-belah mahu dibolot oleh satu bangsa sahaja?


Paling malang, ia mahu dilakukan di Putrajaya, di mana ia adalah kawasan orang Melayu. Suria KLCC jangan jadi satu kuasa untuk menjatuhkan orang Melayu. Lihat sahaja betapa mahal sewanya di Alamanda.


AZMAN AZIM


Puchong, Selangor

Aduhai.. sampai di Putrajaya pun mahu dihalaunya melayu? Mc harap pihak berkenaan akan melihat perkara ini dengan serius, ini mengenai nasib peniaga kecil. Jika berterusan, sudah pasti semua shopping kompleks akan hanya dikuasai oleh peniaga cina yang sememangnya berharta dan kaya.

Tempat melayu kat mana? takkan hanya kat pasar malam je kot..

Mctheory:
Kenapa melayu sering ditindas?? Kenapa ye??

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boikot je lah....

Tanpa Nama berkata...

UMNO berkuasa di PutraJaya......jika ni pong tak bleh jaga MELAYU...camne nak pastikan MELAYU akan selamat di MALAYSIA...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Pekara ini dah lama terjadi dan tidak mustahil ia adalah agenda kaum Cina untuk jatuhkan/keluarkan peniaga Melayu daripada mana-mana shopping Complexs.

Malah, kini mana-mana shopping compleks pun bangsa cina sahaja yang kuasai. Namun apa yang menyedihkan, Alamanda yang dikuasai Melayu kini sedikit demi sedikit sedang di'masuki' peniaga cina yang bertujuan untuk memonopoli - senang cakap x senang hati/ x senang duduk tengok Melayu berniaga dan jadi kaya.

Mustahil tiada mana-mana pegawai kerajaan yang ambil tahu. Sedar atau tidak ini adalah cara kaum cina untuk terus menguasai ekonomi negara walhal kaum Melayu sebenarnya juga mampu.

Mereka tidak akan beri peluang kepada kebangkitan ekonomi Melayu kerana khuatir kaum Melayu akan menguasai ekonomi negara satu hari nanti dan terus mengenepikan mereka seklaigus tidak lagi bergantung harap dengan mereka.

Sekjali gus kalau Melayu berjaya menjadi perniaga berjaya maka kantung mereka (kaum cina) akan kecut, kosong kerana rata-rata pelanggan/pengguna adalah kaum Melayu (majoriti).

Percayalah orang Melayu bukan pemalas, tidak tahu berniaga seperti yang dimomokkan selama ini.

Jika dahulu saya amat berbangga berjalan di Alamanda seolah-olah saya berada di negara yang 100% penduduknya Melayu - sangat bangga - tapi malangnya apabila terdapatnya anasir seperti ini hati saya amat mendidih, panas dan geram dengan sikap mahu memonopoli oleh kaum cina dalam soal membangunkan ekonomi negara.

Kemudian mereka dengan bangga mendakwa mereka yang berusaha serta merupakan satu-satunya golongan yang berjaya melonjak serta memegang ekonomi negara sedangkan peniaga dari kaum Melayu dicantas hidup-hidup ketika baru mahu membina empayar.

Sedarlah kaum Melayu bukan pemalas dan tidak tahu berniaga, malah sejak beribu tahun dahulu tanah melayu amat terkenal pusat perdagangan dunia sehingga kita dijajah.

Kini kiya bukan lagi dijajh oleh anasir luar tetapi oleh rakan senegara tetapi berlaian bangsa hanya kerana sikap tamak dan perkauman sempit mereka.

Bangkit Melayu! Kita bukan lemah..
Ayuh lantangkan suara agar pekara ini sampai ke segenap corong anak Melayu agar mereka sedar.

Mari kita bersama-sama tolong pertahankan peniaga Melayu Alamanda, sebarkan pekara ini seluas mungkin agar dapat beri tekanan terhadap pihak pengurusan Alamanda tersebut.

Ash, Serdang.

Tanpa Nama berkata...

tu la umno bila perintah,orang melayu pun tak jaga.kata parti orang malayu.melayu dah tinggai teloq