SEPASANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SP
SUNGAI PETANI - Petang 9 Oktober 2010, tinjauan yang telah saya lakukan didapati berbondong-bondong remaja melayu yang masih bersekolah memenuhi pasaraya Central Square terutama di tingkat 4 dan 5. Bilik-bilik karaoke di tingkat tersebut boleh dikatakan 100 peratus dipenuhi oleh remaja melayu yang masih bersekolah.
Berbagai adegan dan aksi kurang sopan mereka lakukan. Sempat saya menemu-bual beberapa orang pengawal keselamatan dengan nada yang kurang menyenangkan mereka, gelagat anak muda melayu yang masih mentah dan hanya datang untuk berhibur tanpa batas. Mereka tidak mampu untuk menegur dan menasihati dengan jumlah yang terlalu ramai terutama setiap hari sabtu. Sambung baca sini.
Saban hari makin galak pulak remaja kita bermaksiat. Harap pihak berkuasa tidak terlepas pandang. Perkara sebegini yang menyebabkan ramai remaja mengandung di luar nikah, lepas tu nak tutup malu, buang bayi. Sudah la buat dosa, bertambah-tambah dosa untuk menutup malunya lagi.
P/s: Kadang-kadang bila kita tegur, kita pulak dimakinya.
Mctheory:
Sakit mata tengok weii..
6 ulasan:
pernah 3 bulan bertugas di SUNGAI PETANI...
memang ada kebenaran...
ini adalah tektik secara halus pihak2 kafir untuk menjahanamkan bangsa melayu.
yang milik karaoke tu bangsa cina pendatang.
mereka membuka premis ini dengan memdapat kellulusan pihak berkuasa.siapa yang berkuasa sekarang????????
sungai petani dah jadi bandar maksiat dan penagih dadah.
inilah jika ulama yang memerintah gila kuasa.
slah 1 sbb utama smua ni trjadi sbb prents yg krang ambk thu psal ank2..
jdi kita xbley na slahkn pra ulama 100%..
sptutnya ckgu2 kt skolah pn ptut myamar ke ape ke g tmpt2 cmni.. [ini cma pndngn.. maaf kalu trcilap.. :)]
btw peace no war! ((^__^))
p/s : sma2 kita doakn bdak2 cmni agr brjlan d ats jln Islam [kalu xbley na tgur].. :)
salam mc,
masa bn berkuasa dulu mcm2 tuduhan pembangkang terutamanya pas lemparkan kpd kerajaan. mrk tuduh kerajaan telah gagal mengawal masalah sosial, masalah keciciran pelajar, penagihan dadah, maksiat berleluasa, kelab2 mlm di kedah & sebagainya. sekarang setelah dua tahun lebih berkuasa mengapa keadaan tidak berubah malah semakin teruk lagi adanya...
tu belum sentuh hal air & kebajikan rakyat kedah secara menyeluruh....
adakah masih mahu menyalahkan kerajaan terdahulu di atas kegagalan kerajaan kini? muhasabahlah wahai pemimpin2 pas. bercakap, berceramah memang senang. nak mentadbir bukanlah mudah...
cik ct ntah apa2,
cikgu2 sekolah TIDAK ADA KUASA UTK MENJALANKAN KERJA2 POLIS DI LUAR KAWASAN SEKOLAH CIK OI!!! SAPA AJAQ HANG LOKLAQ LAGU TU?
sedangkan di sekolah pun cikgu2 kena marah dgn budak2 & makbapak budak2 jika ditegur, apalagi nak tegur ajar di luar waktu sekolah? kena lanyak tiga suku nyawa adala cik oi!
nak bagi cadangan pun biarla munasabah. manasarawak sungguh cik ct ntah apa2 ni!
awat? tak boleh marah ulama? apa selama ni ada ulama yg pro aktif menjalankan tugas mereka berkaitan remaja ni? ada pernah dengar ulama bersama2 anak2 muda menjalankan aktiviti lasak ka, mengendalikan kem2 asas agama utk remaja ka, membantu ramaja keluar dari masalah mrk secara profesional ka, membantu anak2 remaja hamil selesaikan masalah ka? ada? ada? kalau tak ada, patutla ulama dikatakan ulama bisu!!!!!
yg buat benda2 mcm ni pun cikgu2 jugak dgn kerjasama beberapa agensi kerajaan, jgnla nak suruh cikgu jadi superhero tapi bila cikgu dihamput oleh ibubapak, tak ada siapapun nak bela!!! cik ct ada pernah bela nasib cikgu2 kerrrr?
kpd
anti bohmau
cikgu2 sekolah memang TAKDA KUASA utk kerja luar mcm POLIS, tapi cikgu2 pun tentu ada otak gak nk pikir. Bukan suruh gi menyamar cam polis pastu gi buat tangkapan kat budak2 sekolah tu atas nama sebagai seorang guru. atau gi tegur terang2 tindakan pelajar tu. sekurang2 tgk ngan mata sendiri..pelajar sekolah sendiri ke tak. pastu bawakkan lah perkara tuh kat menyuarat sekolah. ambik tindakan fllup. jgn asyik pikir lepas mesyuarat ni makan apa itu ini.
p/s komen mcm budak sekolah. harap2 ini bukan komen dari seorang guru. memalukan. bwah tempurung sungguh.
Ingat cikgu2 xde keje lain ke nak wat keje detektif?? Cikgu2 pun ada family gak oiii...sibuk ngan urusan sek... Drp sibuk mengarah org apa kata awak tu sendiri yg gi nyamar jd detektif!
Catat Ulasan