Isnin, 14 Mac 2011

KETUA STAFF ANWAR SAHKAN MEMANG ANWAR DAN SAIFUL BERADA DI KONDO!! Pecah lubang Pak Sheikh!! DNA Please!!


AIDCNews  – Walaupun peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha supaya Ibrahim Yaacub yang dipanggil sebagai saksi pendakwa berbohong, tetapi perkara itu tidak berlaku, malah Ketua Staff Anwar turut mengesahkan dua perkara penting yang menjadi kunci terhadap prosiding ini
Pengesahan pertama, Ketua Staff Anwar itu mengakui Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan pekerja di pejabat Ketua Umum dan kedua mengesahkan Mohd Saiful dihantar ke Kondominium Desa Damansara untuk menghantar dokumen kepada Anwar.

Sebelum ini blog gelagat anwar melaporkan ketika peguam-peguam Anwar ‘berpesta’ di Shangri La Hotel, telah menelefon Ibrahim Yaakub yang bakal hadir sebagai saksi supaya melakukan sesuatu dalam keterangannya yang boleh menyelamatkan Anwar. Klik di sini
Namun keterangan Ibrahim Yaacub pada 9 Mac 2011 tidak membantu Anwar, sebaliknya mengesahkan lagi dakwaan yang dibuat sebelum ini.


Bekerja Di Pejabat Anwar, Seksyen 16
Mohd Yusof : Anda adalah Ketua Staff Anwar Ibrahim ?

Ibrahim : Ya

Mohd Yusof : Pada tahun 2008, adakah anda juga Ketua Staff Anwar ?

Ibrahim : Ya
Mohd Yusof : Di mana pejabat anda pada Jun 2008 ?

Ibrahim : Seksyen 16, Petaling Jaya

Mohd Yusof : Pada Jun 2008, adakah anda mempunyai pekerja bernama Mohd Saiful Bukhari bin
Azlan?

Ibrahim : Dia (Saiful) bukan pekerja, dia adalah sukarelawan sementara.

Mohd Yusof : Dia bukan pekerja rasmi, tetapi dia bekerja di pejabat Anwar ?

Ibrahim : Ya

Mohd Yusof : Apa tugas-tugasnya ?

Ibrahim : Dia adalah pekerja pejabat secara umum.
Kenyataan Ketua Staff Anwar itu mengesahkan keterangan yang pernah dibuat oleh mangsa, Mohd Saiful Bukhari pada 3 Februari 2010.
Malah keterangan Mohd Saiful lebih detail dan jelas.
Mohd Yusof : Boleh beritahu sejak bila bekerja pada 2008 dan dengan siapa?

Saiful : Pada awal Mac 2008, saya dijemput oleh rakan saya Rahimi untuk bekerja dengan Anwar Ibrahim. 
Mohd Yusof : Pada mula bekerja dengan Anwar, apa kerja yang kamu buat?

Saiful : Saya masuk (ke pejabat Anwar) seminggu sebelum pilihanraya umum, saya mulakan tugas sebagai sukarelawan, sebagai sukarelawan banyak kerja yang saya buat seperti atur jadual perjalanan ceramah pilihanraya. Kadang kala saya ikut beliau ke ceramah-ceramah di sekitar negara. Pada yang sama saya bantu rakan saya Rahimi iaitu Pegawai Khas Anwar.

Mohd Yusof : Siapakah beliau yang kamu maksudkan?

Saiful : Beliau yang dimaksudkan adalah Anwar Ibrahim

Mohd Yusof : Berapa lama kerja sebagai sukarelawan?

Saiful : Dalam lebih kurang dua bulan dari awal Mac hingga hujung April, selepas itu saya dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai pembantu peribadi (PA).

Mohd Yusof : Perlantikan ini ada surat?

Saiful : Tiada

Mohd Yusof : Apa tugas-tugas sebagai pembantu peribadi?

Saiful : Tugas-tugas saya merangkumi:

1- Mengatur pertemuan sulit Anwar seperti pada ketika itu untuk berkomunikasi dengan agen atau ahli parlimen yang terlibat dalam parti.
2- Uruskan dan membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staff dalam mengatur jadual beliau.
3- Membuat filing dokumen sulit seperti akaun-akaun bank.
4- Mengawal selia hand phone peribadi beliau, setiap pagi Anwar beri hand phone untuk disemak SMS dan highlight SMS yang penting.

Mohd Yusof : Selain Ibrahim Yaacob siapa lagi yang bekerja dengan Anwar ?

Saiful : Tidak ingat sebab selalu bertukar

Mohd Yusof : Jika boleh ingat pada bulan Mac atau April?

Saiful : Hanya saya, Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan Aasil Kazi Ahmad (warganegara AS)

Mohd Yusof : Adakah Anwar mempunyai pemandu?

Saiful : Ada ramai, yang saya kenal adalah Mokhtar, seorang lagi nama samaran iaitu Botak, Kahar. Saya panggil pemandu Anwar sebagai Pak Sani.

Mohd Yusof : Adakah anda dibayar gaji sebagai PA?

Saiful : Ya

Mohd Yusof: Berapa gaji?

Saiful : Yang rasmi dibayar oleh kak Jun iaitu RM 1000 yang tak rasmi seperti elaun bergantung kepada trip-trip yang saya pergi (bersama Anwar). Sebagai contoh ke Singapura-USD 1000 dan Hong Kong HKD 10,000.
Mohd Saiful juga memberi keterangan tambahan pada 5 Februari 2010.
Mohd. Yusof : Adakah Rahimi yang ambil kamu bekerja jadi sukarelawan?

Saiful : Pada awal Mac, Rahimi ada telefon untuk datang ke pejabat beliau yang juga pejabat Anwar Ibrahim di Seksyen 16 Petaling Jaya. Tujuan untuk berborak kerana lama tidak berjumpa, tetapi sedang berborak, Rahimi tanya pada masa itu saya sudah kerja atau ada apa-apa aktiviti. Saya katakan tidak saya tidak buat apa-apa aktiviti pada masa tersebut.
Dia tanya sama ada minat membantu pejabat Anwar, kerana menurut Rahimi pada ketika itu terdapat kekurangan staff. Kerana staff seperti YB Sim, Nurul Izzah dan Nik Azmi bertanding pilihanraya. Rahimi berseorangan yang memikul beban mereka semua.
Selepas berborak, saya 50-50 setuju dan tidak setuju, Rahimi jemput ke bilik mesyuarat pejabat di mana beliau kata ada mesyuarat dengan Anwar mengenai program ceramah pilihanraya. Jadi kami duduk di bilik tersebut kemudian Anwar masuk bilik, itu adalah kali pertama saya jumpa Anwar. Jadi Rahimi perkenalkan saya kepada Anwar dan cerita pasal program ceramah pilihanraya. 
Saya terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa terus mesyuarat, selepas selesai mesyuarat, Anwar kata “I appreciated your help for helping us” sebagai isyarat terima saya sebagai sukarelawan.

Mohd. Yusof : Anwar tanya latar belakang dan kelulusan kamu?

Saiful : Saya terus terang saya bekas pelajar Universiti dan bekas wakil pelajar.

Mohd. Yusof : Kamu minat kerja dengan Anwar ?

Saiful : Saya memang peminat Anwar, saya jadikan Anwar idola

Hakim : Kamu berminat?

Saiful : Saya berminat

Mohd. Yusof : Kenapa minat?
Saiful : Saya minat sebab Anwar berkarisma dan idola saya dari kecil.
Kenyataan Mohd Saiful turut disokong oleh kenyataan individu yang membawanya bekerja bersama Anwar, Rahimi Osman.

Saya (Muhamad Rahimi Osman merupakan bekas Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (‘DSAI’). Saya berkhidmat dengan DSAI pada tahun 2007 hingga pertengahan 2008. Saya bertanggungjawab menyelenggara semua program DSAI semasa kempen Pilihanraya Umum ke 12 (‘PRU 12’).

Semasa berkempen di Kelana jaya, saya terserempak dengan rakan sekolah saya, Saiful Bukhari bin Mohd Azlan (‘Saiful’). Kami bertanya khabar dan saya tanya kepada dia apa yang dia lakukan di sini, saya dengar dia menyokong BN di Facebook. Dia menjawab,”aku dah fed-up dengan side sana”.
Gembira kerana dia ingin membantu dan menyokong Parti Keadilan Rakyat (‘PKR’), saya kemudiannya keluar minum teh dan berbual-bual dengan Saiful pada malam itu. Sebelum ini semasa di sekolah Saiful memang penyokong kuat DSAI. Dia bersama arwah emaknya selalu berdemonstrasi di jalanraya pada tahun 1998. Esoknya, saya menjemput dia ke pejabat DSAI di Seksyen 16.

Kami berbual di dalam bilik mesyuarat di Pejabat tersebut. Kemudiannya DSAI masuk dan saya kenalkan dia kepada Saiful. Dia berborak sebentar dengan Saiful dan kemudiannya kami terus berbincang mengenai kempen-kempen PRU 12.
Semasa PRU 12, Saiful ditugaskan untuk membantu saya. Dia membantu saya untuk memasukkan jadual yang saya sudah buat ke dalam komputer dan menghantar kepada petugas-petugas PRU 12 yang berkenaan.

Hari-hari terakhir PRU 12, DSAI memberikan RM4000 kepada saya dan menyuruh saya memberikan RM2000 kepada Shafiq (salah seorang pembantu sukarela) dan RM2000 kepada Saiful. Saya serba salah, Shafiq telah membantu selama 3 bulan tanpa sebarang bayaran, tetapi Saiful cuma baru membantu selama beberapa hari sahaja.

Selesai PRU 12, Saiful cuma datang ke pejabat sekali sekala mengikut waktunya sendiri kerana dia menganggap bahawa dia cuma staff separuh masa atau sukarelawan sahaja di pejabat itu. Saya menguruskan semua jadual DSAI seorang diri. DSAI meminta dan menekan saya untuk memanggil Saiful semula ke pejabat sebagai staff tetap. Saya buat sepertimana yang disuruh.

Saya berjumpa dengan Saiful dan memintanya datang ke pejabat untuk bekerja sepenuh masa. Saiful beritahu saya dia serba salah kerana dia pernah kenal rapat dengan Khairil Anas, Pegawai Khas Dato’ Seri Najib. Khairil Anas membantu Saiful dengan memberikan surat sokongan untuk Saiful meminta biasiswa sekolah penerbangan.

Saiful takut dia akan dilabel sebagai agen dan perisik memandangkan ada beberapa orang rakan lama Saiful yang berkhidmat secara sukarelawan dalam PKR tidak senang melihat Saiful rapat dengan pejabat DSAI.

Malam tersebut, dalam perjalanan ke KLIA untuk menghantar DSAI ke luar negara, saya telah menceritakan masalah Saiful kepada DSAI, termasuk berkenaan hubungan rapat Saiful dengan salah seorang staff Dato’ Seri Najib. Saiful turut sama dalam perjalanan tersebut tetapi menaiki kereta yang lain. DSAI nampaknya langsung tidak kisah dengan cerita dan keadaan Saiful. Sampai di KLIA beliau cuma bergurau dengan Saiful dengan berkata, “you baik-baik nanti boleh kena bom.”
DSAI terus meminta Saiful berkhidmat di pejabat seperti biasa dan Saiful bersetuju. Semasa dalam pejabat, DSAI sering memanggil Saiful masuk ke dalam biliknya untuk berbual-bual. Saya pelik kerana jarang staff-staff yang lain mendapat layanan yang begitu mesra daripada DSAI. Walaupun baru sahaja kenal, DSAI nampaknya sangat akrab dengan Saiful.

Kami bekerja seperti biasa dan hampir setiap hari selepas habis pejabat, kami akan melepak di kedai mamak sehingga larut malam. Saiful sering menerima panggilan telefon dan apabila menjawab panggilan tersebut, Saiful akan lari jauh dari meja kami. Saya pelik kerana kalau biasanya teman wanita Saiful yang telefon, dia akan jawab depan-depan sahaja. Perbualan telefon itu biasanya berlaku dalam masa setengah jam, diikuti dengan sms berpanjangan. Satu hari, saya cuba menilik caller ID, saya amat terkejut apabila melihat panggilan dan sms tersebut adalah daripada DSAI.

Saiful kemudiannya diberikan satu tugas yang membuatkan hampir semua staff senior di pejabat terkejut, iaitu mengaturkan segala mesyuarat dan pertemuan dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang kononnya ingin melompat parti pada ketika itu. Saya berasa hairan kerana Saiful yang cuma dikenali DSAI kurang sebulan diberi kepercayaan untuk membawa satu tugas yang sangat penting dan sangat sulit.

Tambahan pula ada kisah mengenai rapatnya Saiful dengan pegawai khas Dato’ Seri Najib. Saiful selepas itu mula sibuk terbang ke Sabah, Singapura, Bangkok dan Hong Kong. Boleh dikatakan, tiada satu pun staff di pejabat tahu atau mempunyai maklumat tentang pertemuan-pertemuan itu. Tugas saya cuma mengosongkan jadual DSAI pada hari-hari tertentu untuk ‘mesyuarat sulit’.
Tidak berapa lama selepas itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti dari pejabat DSAI memandangkan keadaan pejabat mula stabil dan saya menyerahkan tugas-tugas saya kepada Ibrahim Yaacob, Ketua Staff dan dibantu oleh Saiful sendiri.

Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerana ingin menumpukan kepada perniagaan saya yang telah tinggalkan semenjak aktif dalam kerja-kerja politik. Saya memandang bahawa perniagaan saya adalah jaminan masa depan jangka panjang daripada terus bekerja dalam politik.
Kenyataan Rahimi ini telah didedahkan oleh laman web Selangordaily. Klik di sini dan sini
Anwar, Saiful Ke Kondo
Ibrahim Yaacub dalam keterangannya juga turut mengesahkan kehadiran Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful ke Kondominium Desa Damansara.
Mohd Yusof : Pada 26 Jun 2008, adakah anda bekerja di Seksyen 16, PJ ?

Ibrahim : Ya

Mohd Yusof : Bagaimana dengan Saiful?

Ibrahim : Ya. Dia juga datang.

Mohd Yusof : Bagaimana dengan Anwar Ibrahim ?

Ibrahim : Dato’ Seri datang lebih awal.

Mohd Yusof : Pada hari itu, adakah Anwar mempunyai apa-apa mesyuarat ?

Ibrahim : Ya. Mesyuarat diadakan di apartment Hasanuddin di Damansara. Saya tahu tempatnya, tetapi saya tidak boleh beritahu alamatnya.

Mohd Yusof : Adakah anda tahu apakah jenis mesyuarat itu ?

Ibrahim : Perbincangan Tengahari dengan teman-teman bersama Prof. Ariff.

Mohd Yusof : Sekarang, adakah awak ingat pukul berapa beliau (Anwar) bertolak untuk menghadiri mesyuarat tersebut ?

Ibrahim : Lebih kurang 11.45 pagi hingga 12 tengahari

Mohd Yusof : Pada hari itu, selepas Anwar bertolak, adakah beliau menelefon anda untuk bertanyakan sesuatu ?

Ibrahim : Ya, beliau menelefon kira-kira jam 12.15 tengahari hingga 12.30 tengahari, mengatakan beliau tertinggal satu sampul (dokumen) di atas mejanya.

Mohd Yusof : Dan adakah beliau memerlukan (dokumen) itu untuk mesyuaratnya ?

Ibrahim : Ya

Mohd Yusof : Jadi apa yang awak lakukan ?

Ibrahim : Saya agak sibuk, jadi satu-satunya individu yang berada di pejabat adalah Saiful, dan saya menyuruh dia menghantar dokumen itu kepada Datuk Seri Anwar.

Mohd Yusof : Adakah Saiful melaksanakan arahan anda ?

Ibrahim : Setakat yang saya tahu, dia meninggalkan pejabat, ya dengan sampul (dokumen) itu.

Mohd Yusof : Adakah dokumen itu dibawanya seperti itu sahaja atau diletakkan dalam mana-mana beg ?

Ibrahim : Saya beri kepadanya dokumen itu dalam sampul, di mana dia letaknya, saya tidak pasti.

Mohd Yusof : Adakah anda tahu, bagaimana dia menyampaikan dokumen itu kepada Anwar ?

Ibrahim : Dia memandu.

Mohd Yusof: Adakah anda tahu apa jenis kereta yang dia pandu ?

Ibrahim : Saya tidak pasti modelnya, tetapi jenis MPV, berwarna maroon
Keterangan Ketua Staff Anwar ini menyokong keterangan Mohd Saiful pada 3 Februari 2010.

Mohd Yusof : Bila Anwar Ibrahim minta kamu ke sana (Kondominium) ?

Saiful : Ada beberapa kali tetapi kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008 di pejabat beliau.

Mohd Yusof : Itu kali terakhir?

Saiful : Ya.

Mohd Yusof : Sebelumnya?

Saiful : Hari sebelumnya pada 25 Jun 2008

Mohd Yusof : Pada 25 Jun 2008 bila masanya?

Saiful : Pada pagi selepas selesai mesyuarat staff

Mohd Yusof : Pada 26 Jun?

Saiful : Pagi juga dalam 10.30 pagi.

Mohd Yusof : Masa itu di pejabat?

Saiful : Ya

Mohd Yusof : Di pejabat mana?

Saiful : Seksyen 16, Kelana Jaya.

Mohd Yusof : Jika diingatkan apakah Anwar Ibrahim beritahu pada 26 Jun 2008, jam 10.30 pagi?

Saiful : Anwar ingatkan saya kembali supaya datang ke kondo tersebut dan kedua beritahu tentang mesyuarat dengan Prof Ariff pada jam 12 di Kondo Desa Damansara di rumah En Hassanuddin.

Mohd Yusof : Kondo di mana?

Saiful : Unit lain 1152

Mohd Yusof : Kondo siapa?

Saiful : En. Hassanuddin sahabat baik Anwar Ibrahim

Mohd Yusof : Anwar ada beritahu kenapa beliau nak kamu ke sana?

Saiful : Ada. Untuk bincang jadual kerja

Mohd Yusof : Anwar akan berada di sana?

Saiful : Ya

Mohd Yusof : Beritahu anda sepatutnya berada di sana pada pukul berapa?

Saiful : Sepertinya 2.15 ptg

Mohd Yusof : Kondo Desa Damansara, tahu di mana letaknya?

Saiful : Ya

Mohd Yusof : Unit kepunyaan Hassanuddin pun tahu?

Saiful : Ya

Mohd Yusof : Bagaimana boleh tahu?

Saiful : Saya pernah ke sana beberapa kali dan diberitahu oleh Anwar bahawa kedua-dua
unit tersebut kepunyaan Hassanuddin.

Mohd Yusof : Mesyuarat di unit mana?

Saiful : Unit 1152

Mohd Yusof : Pada 26 Jun, ada pergi ke kondo seperti diminta?

Saiful : Ya

Mohd Yusof : Pukul berapa tinggalkan pejabat?

Saiful : Saya bertolak lebih kurang 1.45 petang

Mohd Yusof : Masa kamu tinggalkan pejabat, adakah kamu berlenggang atau ada bawa apa-apa ?

Saiful : Bawa satu dokumen yang saya tak pasti (isi kandungannya) tetapi diserahkan oleh ketua staff En. Ibrahim Yaacob untuk diserahkan kepada Anwar.

Mohd Yusof : Dokumen ini dibawa macam itu saja atau ada bekas?

Saiful : Saya letak dalam beg fail, warna hitam.

Mohd Yusof : Dokumen diberikan oleh Ibrahim kepada kamu untuk apa?

Saiful : Diserahkan kepada Anwar

Mohd Yusof : Bila Ibrahim Yaacob beritahu anda untuk diserahkan pada Anwar ?

Saiful : Kira-kira 10-15 minit sebelum saya bertolak

Mohd Yusof : Bagaimana kamu ke kondo?

Saiful : Saya menaiki van fiat dengan no pendaftaran WPK 5925

Mohd Yusof : Van atau mpv?

Saiful : Saya panggil van, van warna merah, fiat
Kejadian semasa Mohd Saiful bertemu Anwar di Kondominium Desa Damansara telah diulas secara terperinci sebelum ini. Klik di sini
Saiful Letak Jawatan
Ibrahim Yaacub juga turut mengesahkan Mohd Saiful meletakkan jawatannya pada 27 Jun 2008 melalui email.
Mohd Yusof : Sekarang, apakah Saiful masih bekerja di pejabat itu ?

Ibrahim : Tidak. Dia telah berhenti. Kalau tidak silap saya, dia telah menghantar surat perletakan jawatan pada 27 Jun 2008 melalui email.

Mohd Yusof : Adakah dia memberi alasan kenapa dia mahu berhenti ?

Ibrahim : Ya. sebenarnya, dia email kepada Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri beri salinan kepada saya. Dia berkata dia tidak sesuai dan tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.

Mohd Yusof : Setelah menerima email peletakan jawatan ini, adakah terdapat usaha untuk memujuknya kembali mengekalkan tugasnya ?

Ibrahim : Dia berkata dia mahu berhenti sebab dia mahu menjadi pilot, dan kerana dia berhasrat untuk meletakkan jawatan, jadi biarkan sahaja. Jadi tidak ada usaha dibuat untuk memujuknya kembali bekerja.
Kenyataan Ketua Staff Anwar berkenaan dengan peletakan jawatan Mohd Saiful pada 27 Jun 2008 melalui email menyokong keterangan mangsa sebelum ini.
Namun keterangan Ketua Staff Anwar berkenaan tiada usaha pemujukan supaya Mohd Saiful mengekalkan jawatannya bercanggah dengan keterangan mangsa sebelum ini, pada 5 Februari 2010.

Mohd Yusof : Ada Anwar tahu niat kamu letak jawatan?

Saiful : Saya hantar email ke Anwar pada 27 Jun, Jumaat waktu pagi. Selang beberapa jam kemudian, Anwar telefon dengan nada marah dan suruh saya jumpanya di pejabat seksyen 16, Petaling Jaya.

Mohd Yusof : Ada jumpa Anwar ?

Saiful : Ada. Saya takut tetapi saya pergi juga jumpa Anwar.

Mohd Yusof : Dalam pertemuan itu apa jadi?

Saiful : Anwar tanya kembali apa saya nak, saya nyatakan sebab-sebab seperti dalam email iaitu kurang disiplin, lewat ke pejabat dan Anwar selalu marah saya. Keduanya, saya kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana saya diberikan keistimewaan dari staff yang berkelayakan. Sebagai contoh, saya ada bilik sendiri di pejabat baru di Tropicana City Square. Hasrat sebenar saya adalah saya tidak rela diperlakukan sedemikian lagi seperti dalam pertuduhan.

Karpal Singh : Objek to the word “lagi”.

Mohd Yusof : I have no objection. Seperti pertuduhan

Hakim : Perkataan “lagi” merujuk kepada masa seperti pertuduhan, proceed.

Mohd Yusof : Apa reaksi Anwar ?

Saiful : Anwar agak kesal dan pujuk saya agar tidak letak jawatan. Beliau suruh saya lebih berdisiplin. Beliau juga buat counter offer di mana Anwar beritahu, beliau ingin menaja pelajaran saya tidak kira ke mana di samping dapat gaji dan elaun yang penuh

Mohd Yusof : Setuju dengan tawaran?

Saiful : Depan AI saya takut nak bantah, tetapi saya tidak ada minat. Jadi pada masa itu saya setuju. Setelah selesai, Anwar ada reply email, beliau tulis “terima kasih kerana sudi sambungkan perkhidmatan” dan beberapa perkara lain yang saya tidak ingat.
Kenyataan Mohd Saiful turut disokong oleh kenyataan Mohd Rahimi Osman.
Selepas saya berhenti kerja, saya masih juga datang ke pejabat di waktu lapang untuk membantu dan saya juga sering berjumpa dengan Saiful. Dalam masa yang sama, Saiful sering mengadu bahawa dia berasa tertekan tetapi tidak memberitahu saya apa sebabnya dia tertekan. Bila ditanya mengapa, Saiful akan terus beralih topik

Pada satu hari, Ibrahim Yaacob menelefon saya untuk mencari di mana Saiful. Menurut Ibrahim, Saiful tidak datang ke pejabat dan tidak dapat dihubungi ketika itu. Katanya Saiful juga sudah mula menunjukkan tidak minat untuk bekerja dan tidak berdisplin. Saya kemudiannya menelefon Saiful tetapi tidak dapat untuk dihubungi. Saya mengambil keputusan untuk pergi ke rumahnya.
Sesampai di rumah Saiful, saya memanggil dan menunggu selama 20 minit sebelum adiknya, Tati keluar dan mengatakan Saiful sedang tidur. Tati menjemput saya masuk dan memanggil Saiful. Saya mulanya menegur Saiful kerana tindakannya memonteng kerja, Saiful cuma diam dan kemudian memberitahu saya bahawa ada perkara penting yang nak dibincangkannya.

Saiful teragak-agak dan nampak serba salah, kemudian dia menceritakan kepada saya bahawa selama ini dia telah diliwat oleh DSAI. Saya berasa amat terkejut dan cuma berdiam diri. Saya masih dalam keadaan tidak percaya tetapi Saiful nampaknya jujur. Dia memberitahu saya bahawa sudah banyak kali dia diliwat oleh DSAI. Itulah sebenarnya ‘mesyuarat-mesyuarat sulit selama ini’. Kami berpakat untuk berjumpa kembali di sebelah malam, saya inginkan cerita yang lebih lanjut mengenai perkara itu.

Malam itu, Saiful menceritakan kepada saya segala insiden yang telah berlaku di mana dia diliwat, bagaimana dia diliwat sehingga saya tidak sanggup untuk mendengarnya. Saiful juga serba salah dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
sumber AIDC

Mctheory:
Agak-agak Anwar senang duduk lagi tak?

4 ulasan:

Yuseri Yusoff berkata...

Kan dah kantoi.. lahanat betul Nuar ni..

Tanpa Nama berkata...

kebenaran akhirnya terserlah..Allah itu maha berkuasa..

Tanpa Nama berkata...

Karpal Singh : Objek to the word “lagi”.

Mohd Yusof : I have no objection. Seperti pertuduhan

Hakim : Perkataan “lagi” merujuk kepada masa seperti pertuduhan, proceed.


KAPAL CUMA OBJEK JEK PERKATAAN 'LAGI'..SEPATUTNYA DIA FIGHT HABIS2AN UTK MEMPERSOALKAN PERTUDUHAN YG DI BUAT OLEH SAIFUL TAPI DIA BIARKAN. BERMAKNA KETERANGAN SAIFUL MMG BENAR HUHUHU

Tanpa Nama berkata...

Melayu trlampau berlembut dan bagi muka dengan mahaliwat ni...orang bangsa lain ketawa macamana pemimpin melayu layan mahaliwat ini kalau kau cina dah lama mahaliwat ini padam.....lebih lebih lagi di Singapura...Pemimpin melayu jangan bagi muka dengan pengkhianat ini bangsa lain sedang memerhati sambil ketawa riang...cukup2 lah bagi muka