Khamis, 28 April 2011

ANWAR ADA BERANI KA ANGKAT SUMPAH!! Semua orang dah bersumpah, Anwar bila lagi?


Kuala Lumpur, 28 April – Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersumpah laknat mubahalah selepas Solat Jumaat, esok di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bagi membuktikan bahawa dia bukan individu pelaku dalam video seks.

Datuk Shazryl Eskay berkata beliau bersama Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim akan menunggu Anwar di masjid tersebut untuk menegakkan kebenaran.

Jelas beliau Anwar adalah seorang manusia yang cukup licik berpura-pura menjadi orang yang begitu alim, warak dan mempunyai peribadi mulia, tetapi sebaliknya melakukan perbuatan yang tidak pernah terjangkau oleh pemikiran yang waras dan nilai-nilai Islam.

“Kami bertekad tidak akan membenarkan orang bernama Anwar yang merupakan pelaku dalam video tidak bermoral itu daripada menjadi pemimpin yang akan memimpin negara ini.

“Ingin diperjelaskan bahawa hasrat kami menayangkan video tersebut kepada beberapa wartawan kanan bukanlah untuk menunjukkan bahan lucah, tetapi untuk menjadi sebahagian bahan dokumentasi bagi menegakkan kebenaran, agar rakyat boleh menilai sendiri siapakah Anwar yang sebenarnya,” ujarnya dalam satu sidang media di sebuah hotel di ibu negara di sini, hari ini.

Justeru beliau mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut yang akan diadakan selepas Solat Jumaat, esok di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.-UMNO Online

Dulu DS Najib dituduh ada kaitan dengan Altantuya, DS Najib bersumpah laknat sebanyak tiga kali untuk menafikannya. Saiful mangsa liwat Anwar, bersumpah laknat mengatakan dia diliwat. Malah Saiful baru-baru berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Berdoa dihadapan kaabah untuk memperolehi kebenaran.

Bermula dengan Kes liwat, dan sekarang kes skandal video seks. Anwar langsung tidak berani untuk bersumpah. Apa lagi mahu ke Mekah. Sebagai umat Islam, apakah kita tidak rasa pelik dengan kelakuan Anwar? Orang yang dituduh jahat, berani bersumpah, tapi orang yang dikatakan baik, langsung tak berani nak angkat sumpah.

P/s:Kenapa takut Sumpah Laknat mubahalah? Takut kena makan sumpah ke?

McTheory:
Hanya orang yang bersalah saja yang kena makan sumpah..

1 ulasan:

inside my head berkata...

maaf mencelah.

baca dulu apa hukum mengangkat sumpah.
jangan sewenang2 mengangkat sumpah. mufti pun dah dok kata tentang sumpah.

PRO BN dah cukup bukti ke mengatakan ANWAR tu salah?

lebih baik PRO BN beratkan lg membaca apa hukum memfitnah tu.

aku bukan penyokong ANWAR. BN lg la aku tak sokong.

- izzudin lemgah keramat -