Isnin, 24 Oktober 2011

GEMPAR!! Lagi Ahli PKR Keluar Parti akibat asyik kena tipu..

sekadar hiasan

Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.

''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Masyarakat India Ampang (PKRSMIA) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Setulus Kasih Selembar Budi sempena sambutan Deepavali di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Prof. Madya Dr. Rozaidah Talib.

Vengdesgiri berkata, selepas ini mereka akan bergerak menggunakan platform PKRSMIA dan menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, tindakan 300 ahli PKR itu menunjukkan parti pembangkang semakin dijauhi rakyat.

"Janji-janji yang diberikan kepada rakyat tidak dikotakan menyebabkan mereka berasa kecewa dengan pembangkang. Kita BN akan sedaya upaya menunaikan janji dan turun ke bawah mendengar denyut nadi rakyat,'' katanya. - UTUSAN MALAYSIA

McTheory:
Keluar saja ramai2.. biar kosong PKR tu.. heh..

3 ulasan:

praha2 berkata...

dah lamo dah perkaro ni nak berlaku. eden faham tingkah laku oran kito. dio malu nak cakap dopan dopan. ialah kato oran terlajak perahu bolih undur terlajak cakap,padah lah. tapi tapo-kato oran putih "its better late than never" oi sodap nyo kato kato tu. olih yang demikian eden syorkan semuo oran pkr dn pas buet lah yang baik dan kato oran melayu kito- kalo dah soset balik kepangkal jalan. itu lah yang terbaik sekali. Amin

Awanama berkata...

Mengikut firasat hamba, Selangor tidak mampu dirampas BN ... ini kesan dari perilaku pimpinan terdahulu yang rakus dengan kekayaan dan begitu gawat moralnya .... makanya rakyat agak sukar untuk memberi peluang kedua ... sementelah kerajaan kini dikatakan telah memberi beberapa peruntukkan yang menguntungkan rakyat, begitu juga pimpinan kini juga dikatakan mesra dan lebih mudah didekati berbanding pimpinan dahulu yang bongkak dan mementingkan kantung dan seluar dalam sendiri ...

bersambung ....

--Crest Factor--

Ular Menyusur Akar berkata...

Dia orang kata 300 orang itu telah kena beli. Jangan beli semua. Tak syok juga kalau takde joker. Susah perah otak nak cari bahan. Sekurang kurangnya tinggalkan 5 orang kerabat si nuar tu. Tak mampu pun nak beli kerabat kerabat dia keran kerabat nuar telah di beli oleh yahudi.