Khamis, 22 Disember 2011

KASI PANAS!! HASAN ALI HANYA TUNGGU DI PECAT OLEH PAS!!


Semakin hari semakin berani Hasan Ali membelasah kepimpinan tertinggi Pas. Walaupun di tekan berkali-kali oleh Pas Selangor dan Pas pusat, Hasan Ali tidak gentar malah menyerang tanpa memberi ruang langsung untuk Pas pusat bernafas.

Tindakan Hasan Ali ini lebih kurang sama seperti YB Zul Noordin sewaktu di dalam PKR dulu. YB Zul dipecat kerana membuat laporan polis semasa isu Kalimah Allah.


Hasan Ali pula sekarang ini berjuang menegakkan syiar Islam di dalam Pas. Syiar Islam yang semakin terpadam sejak Pas bersahabat dengan Dap.

Sesiapa saja yang cuba menegakkan Islam di dalam Pakatan, ia pasti akan di pulau dan di singkirkan.

Apakah Hasan Ali akan mengikut jejak langkah YB Zul.. sama-sama la kita lihat..

Cuma kes YB Zul agak pelik sikit, beliau ahli Pas dan tidak mempunyai keahlian dalam PKR. Tetapi dalam kes kalimah Allah tu, beliau di pecat keahlian PKR. Macam mana boleh pecat kalau takdak keahlian? hehe..

Pas, Dap dan Pkr.. memang pelik.. apa pun boleh..

Pas Parti Islam yang tidak memperjuangkan Islam, Dap parti rasis cina yang tidak mengaku rasis, Pkr parti sokong seks bebas, yang tidak mengaku jahat.

Dalam Pakatan semua ada..


McTheory:
Kalau depa, apa pun boleh dan halal..

Tiada ulasan: