Rabu, 7 Disember 2011

PANAS!! PARTI KITA SOKONG PAKATAN HARAM!!



 Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada Selasa mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Sebelum ini, parti itu mengumumkan hasratnya bertanding dalam pilihan raya umum dan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).


"Kami telah mengeluarkan banyak kenyataan bahawa kami akan menyertai pilihan raya umum akan datang, tapi sekarang kami ingin mengumumkan bahawa demi mengekalkan perpaduan dengan pembangkang, Kita tidak akan meletakkan mana-mana calon jika dengan berbuat demikian ia akan menjejaskan peluang calon pembangkang memenangi kerusi.

"Sebaliknya kami akan memberikan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang dalam apa jua cara bagi memastikan kemenangan kepada rakyat," demikian menurut kenyataan parti itu dalam laman webnya www.partikita.com.

Parti itu berkata perpaduan menuntut parti yang kecil seperti Kita, memberi laluan kepada parti politik yang lebih besar bagi memastikan hasil optimum dalam pilihan raya.

Kita dipimpin oleh peguam yang menjadi ahli politik Datuk Zaid Ibrahim selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lepas berikutan perselisihan faham berhubung proses pemilihan dalam PKR.

Parti itu bergolak baru-baru ini yang membawa kepada pemecatan tiga anggota Jawatankuasa Kerja Pusatnya.


McTheory:
Parti ni pun pening serupa presidennya la.. kejap A kejap B..adeh..

2 ulasan:

Awanama berkata...

La dia ni dah mula minum balik ke? Bila orang dah mabuk gitu la bicara nya. Esok2 bila tanya balik dia pun lupa apa dia kata...

Awanama berkata...

ya tapi yang sebenar-benarnya parti barisan sangat2 la teruk menipu rakyat dengan macam2 benda .hanya orang2 yang cerdik pandai sahaja yang dapat menilai apa sebenarnya yang berlaku di negara kita sekarang