Sabtu, 2 Jun 2012

EKSKLUSIF!! Himpunan Hijau Pas di Alor Setar Berjaya?? #SaveKedah #HimpunanHijau

Semalam Mc dan rakan-rakan Team Media Kedah bersama dengan puak Pas di dalam Himpunan Hijau. Mc ke sana hanyalah untuk mengambil gambar dan tunjukkan pada rakyat Malaysia apa yang terjadi di himpunan hijau raksaksa Pas.

Pada permulaannya, Pas target kehadiran 100 ribu orang keatas. Tapi apakah hasrat mereka tercapai? Mari kita tengok.

Azizan Razak pembuka majlis.. bosann..

Bekas pengacara TV Al-Hijrah.. syok sendiri..

Artis ayam pencen..

Bawah ni pula lautan manusia yang tak berapa nak jadi laut.. sebelum Mc komen banyak-banyak, sila tengok gambar sendiri.


awat kosong kat tengah tuu..

ishh budak-budak di latih untuk jadi tegar Pas..

Tengok belakang tu.. penuh kaa?

Macam lapang saja pun..

Tengok sendiri..

Tempat VIP pun tak penuh..


Ini geng Pas brutal punya.. hardcore habis.. he he..

Nak layan gambar lagi, boleh sambung tengok kat SINI.

Puak Pas kata Himpunan Hijau depa ni berjaya.. ishh.. Mc taktau nak kata apa. Depa target 100 ribu orang.. tapi apa yang Mc tengok dengan mata Mc sendiri, tak mungkin kehadiran serupa ni boleh capai sampai 100 ribu. Celah mana nak kira nak bagi sampai 100 ribu pun Mc tak tau.

Mc ada tengok gambar-gambar di blog geng sebelah sana. Banyak yang di edit dari yang betui. Malah ada artikel yang kata sambutan Himpunan Hijau ni cecah 100 ribu orang. Muntah darah Mc baca..nak bohong pun agak-agak la.. stadium Darulaman tempat duduk hanya 40 ribu orang.. campur tengah padang dan luar padang dalam lingkungan 45 ribu atau 50 ribu saja.

Bila ada yang tulis sampai 100 ribu orang tuu.. nampak sangat la pemohong besaqnya.. bawa-bawa la mengucap bro..

Paling best semalam, bila masa nak kutip derma, berduyun-duyun orang lari keluar dari stadium.. rasanya puak Pas pun dah malas nak bagi derma lagi kat pemimpin depa. Pemimpin Pas naik kereta besar sebab makan duit derma, pengikut dan penyokong naik kancil la sebab habih dok kena kikih.. he he..

McTheory:
Derma PRU tak sudah-sudah.. dah 4 tahun dok kutip derma PRU.. berjuta dok ada dah..

1 ulasan:

pillpuss@yahoo.com berkata...

tak ramai laa,ada kot 213 org ABU