Ahad, 5 Ogos 2012

PANASS AIHH!! Tahniah Negeri Kedah!! Projek Terbaru Buah Ajaib Jadi Perabot!! #TukarKedah



Hanya beberapa orang yang mengunjungi Agro Bazar Ramadhan

Semua ada 7 khemah. termasuklah 2 khemah untuk parking kereta..

Namun apa yang baiknya, kawasan sekitar sudah dijaga, tidak seperti pendedahan kami pada mula dulu rujuk di sini

Agro Bazar Ramadhan yang terletak di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai (4PLJ) kawasan Pesiaran Aman Jaya merupakan bazar Ramadhan usahasama di antara Kedah Agro dan PMBKed.

Bazar Ramadhan tersebut telah membuktikan lagi kegagalan SLC Kerajaan Negeri di dalam menguruskan projek-projek kerajaan negeri, setelah gagal menarik kehadiran penjual dan pengunjung walaupun promosi yang di lakukan Kedah Agro dan PMBKed dengan meletakan kain rentang di kebanyakan tempat di sekitar kawasan perumahan yang berhampiran bazar ramadhan tersebut. Malahan beberapa pengunjung terawal akan di berikan keli goreng secara percuma.

Sekiranya kita melihat di kain rentang yang telah di pasang di pelusuk kawasan perumahan yang berhampiran tertera kenyataan mengatakan jualan kuih raya dan baju raya akan bermula dari 21 Julai. Namun sehingga hari ini masih belum ada lagi gerai yang menjual kuih raya dan baju raya.

Dari sumber maklumat yang diperolehi, peniaga enggan berniaga di tempat berkenaan, adalah di sebabkan faktor tempat yang tidak strategik walaupun di katakan sewa yang di kenakan agak rendah berbanding bazar-bazar Ramadhan di sekitar kawasan Sungai Petani.

Bagi perniaga, tidak berbaloi untuk mereka berniaga di situ walaupun tidak di kenakan sewa, kerana sambutan dari pengunjung yang amat jelas sekali tidak mendapat sambutan malahan jalan masuk ke kawasan tersebut agak terpencil.

Mungkin disebabkan perkara sedemikian, kini pusat pengumpulan produk Pertanian telah menjadi pusat pengumpulan perabot hotel lusuh untuk dijual!


He he.. sedih benar Mc tengok projek-projek kerajaan negeri sekarang ni. Semuanya masuk angin keluar asap. Mc dan rakan-rakan sebenarnya taknak kutuk kerajaan negeri Kedah sekarang ni, tapi kalau macam ni punya keadaan, mana boleh tahan. Sudahla Kedah ni ekonominya lembab. Ditambah pula dengan 'kebodohan'  pemikir projek kerajaan negeri yang tak pandai merancang. Bertambahlah teruk la negeri Kedah.

Projek Rambutan dalam Tin entah ke mana, Keli -K katanya panjang lalang dari signboard, ladang nenas kedua terbesar di Malaysia macam mana pulak? aduhh.. cakap saja lebih. Perlaksanaan hampeh! yang benar-benar menjadi ialah, projek REMBAT balak. Kalau boleh, satu Kedah balak semua dia nak tebang. Sumber gambar Mc ambil dari Pisau Kedah.



McTheory:
Semua projek yang gagal tu guna duit rakyat, bermakna, duit rakyat Kedah dibuang begitu saja.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Hahahaa~ buah teloQ tok jijan and kuncu kuncu....Kedah Sejahtera woooo !!