Selasa, 30 Oktober 2012

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Siapa Tangan Jahat Di Sebalik Pentadbiran MB Kedah Azizan Razak? #TukarKedah


Setelah Mc membuat kajian terperinci dan mendapat maklumat dari dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sendiri, barulah Mc faham kenapa pentadbiran negeri Kedah dibawah Pas ni agak kelam kabut.

Rupanya ada individu yang sangat rapat dengan MB menjadi 'penasihat' peribadi untuk mempengaruhi segala tindak tanduk pentadbiran Pas Kedah selama ini. Orang Pas jangan marah Mc dulu, sebab apa yang Mc perkatakan ini adalah benar.

Jadi orang Pas kena ambil tahu keadaan sebenar disebalik dinding Wisma Darulaman, jangan biarkan perkara ini berlaku. Orang yang Mc perkatakan ni, terlibat dalam semua projek bermasalah dan juga tidak bermasalah. Bila MB Kedah tiada untuk membuat keputusan, dialah yang akan buat keputusan.

Sebab tu, bila laporan audit keluar, kerajaan negeri Kedah diserang teruk akibat kegagalan projek Papua New Guinea dan pembayaran kepada kontraktor yang tak wujud, orang ini yang mengelabah dulu sebelum MB. Kenapa dia gelabah? Kerana semua projek ni dibawah kendaliannya.

Cuba tanya Rahman Saad, orang yang puak Pas dok tuduh jahat tu, siapa yang mengarahkannya? Siapa yang menyuruhnya buat itu dan ini? Takkanlah si Man lengkong (nama panggilan) tu begitu berkuasa, mesti ada orang dalam yang memberi kuasa kepadanya.

Tapi bila kantoi, si Man Lengkong ni yang kena tibai teruk. Jadi kambing hitam si Man lengkong ni. Kesiann kesiann.. tapi salah dia juga, sapa suruh percaya dengan orang Pas, orang Pas ni bukan boleh percaya!

Jahat sungguh, semua orang tu juga yang punya kerja.

Untuk pengetahuan semua, orang ini juga yang menyusun segala rentak ahli majlis untuk berdemo menyerang SUK Datuk Rasli. Dialah tangan konspirasi yang menyusun semua gerak langkah ni. Kalau boleh dia mahu menukar semua KCS dalam negeri Kedah, katanya KCS negeri Kedah ni semuanya totok UMNO.

Kalau dia kata macam tu, bermakna dia nak kata Sultan Kedah tak prihatin la kerana memilih semua orang UMNO jadi KCS? macam tu? Berani ke dia keluarkan kenyataan macam tu? heh...

Banyak lagi kerja kotor yang orang ni buat. Projek lembu ghaib Australia, Balak lingkup Papua New Guinea, tanaman padi tak jadi kat Timor Leste, penebangan balak secara membabi buta kat Kedah ni, semua idea dia.

Kiranya, Azizan dok kerusi MB ni macam tunggui kayu la, apa yang Azizan tau hanyalah mengarut, dok maki wartawan, maki orang dok kata beruk bagai. Kenyataan media Azizan pun dia juga yang dok susun cakap.

Siapa individu yang Mc perkatakan ni?

Korang tengoklah, siapa yang buat press statement Azizan? dan orang ini sebelum kita jumpa MB, kita kena jumpa dia dulu. Kiranya, nak masuk ke pejabat MB, meja dia kita kena tempuh dulu.

Biar perkara ini menjadi teka-teki, tapi Mc percaya dah ada orang yang dapat gambaran apa yang Mc katakan tu.

Mc bersama TMK akan dedahkan detail pasal individu ni kelak, tentang perihal jahatnya dalam pertadbiran negeri Kedah, apa kerja yang dia buat, dan apa kerja yang dia tak patut buat, malah selama 3 tahun kerja dalam Wisma tu, harta beliau meningkat dengan mendadak boleh mencapai tahap jutawan. WOW!

3 tahun kerja dah jadi jutawan? tentu ada cerita disebaliknya kan.. he he.. kalau hangpa teka Phahrolrazi? Bukan, bukan dia, dia lani dok KL mana tau apa-apa dah pasal Kedah, dia nak jadi YB KL pulak lepas ni. ha ha ha..
Siapao rang tu?

Sabar, Mc akan buat cerita ni bersambung-sambung baru suspen sikit. Sabar no.. ikut saja blog Mc ni, lambat atau cepat, Mc akan dedahkan juga.

P/s: Kalau dulu orang dok kata Kj dengan Tun Lah, situasi yang sama berlaku di Kedah lani.


McTheory:
Paling kesian Azizan la, apa pun taktau! dok kena muhung macam tu laa..

3 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Awat bengap sangat PAS ni;

KUIN hampir bangkrap, Jirat Mega Sg Kob diteruskan, projek runtuhkan Madrasah Sahiliah diteruskan, projek keli dan moktan pun gagal jugak.

Tu belum masuk lagi projek gudang dingin beku Azizan dan PAS nak buat di Kedah untuk menyimpan buah-buahan Thailand untuk dieksport ke Singapork. Tokeh DAP dapat komisyen. Cukup puak kapir harbi ni bagi sumbangan sikit bina beberapa markaz PAS dan tadika PASTI habih tanah Melayu Kedah tergadai...siasat jangan tak siasat!

McTheory berkata...

Tq bro Megat, kalau ada maklumat sila salurkan pada mctheory@yahoo.com kerjasama anda amatlah dihargai untuk menentang kemungkaran puak ISLE Pas yang makin sesat ni.

Tanpa Nama berkata...

Bekas anak menantu ka anak hantu?