Rabu, 10 Oktober 2012

GEMPAR!! Ustaz Nasha Dedahkan Dap Anti Islam!!


Menarik, memang menarik. bekas Timbalan Presiden Pas yang kontroversi Ustaz Nasharuddin Mat Isa, kembali menghangatkan persada politik tanah air dengan kenyataan demi kenyataannya yang boleh kita anggap tepat dan tajam.

Kita fokus terhadap ucapan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin mat Isa yang membentangkan kertas kerja dalam program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Fokus terhadap Nasha ditumpukan dengan tajuk “Nasha dakwa ada pihak anjur doa ‘M’sia jadi negara Kristian” dan ‘Kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir‘

Memetik kata-kata Nasha yang mendedahkan terdapat satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu dengan menganjurkan doa supaya “Malaysia menjadi negara Kristian”.

“Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

“Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

“Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian,” kata Nasha.


Manakala untuk fokus kedua, kita memetik kata-kata Nasha yang berdialog dengan rakan pimpinan partinya berkenaan dengan undi kafir.

“Saya pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir?

“Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku. (Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri,” katanya tanpa menamakan pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu.

Nasha juga dilapor turut membangkitkan persoalan motif golongan bukan Islam yang kini berbaik-baik dengan umat Islam, adakah untuk “untuk kesenangan bersama” (marriage of convenience) dalam percaturan politik semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi.

“Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang di imani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?,” soalnya.

Turut dilaporkan tentang komen Nasha yang bersedia dikenakan tindakan disiplin tentang kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.

“Jadi tindakan daripada parti terpulanglah. Ya (bersedia jawatan dilucutkan). Bagi saya Islam itu yang harus dipertahankan, keahlian perkara nombor dua,” kata Nasha

Nasha memberi komen terhadap pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya.

“Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud,” katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

McTheory:
Nampak sangat Dap nak jajah Malaysia.. jadi negara Kristian la kalo dorang jajah!!

Tiada ulasan: