Jumaat, 12 Oktober 2012

HOT!! Air Empangan Selangor Makin Kering, Khalid Gagap Gigit Jari?


Adakah rakyat Selangor sedar, air di empangan dan sungai utama Selangor sudah masuk tahap membimbangkan? Dalam erti kata sebenar, sudah hampir kering ke tahap 50 peratus dari paras asal.

Jika dulu MB Selangor si Khalid Gagap, para exco dan NGO pro Pakatan, berlumba-lumba ke empangan untuk menangkap gambar, bagi menunjukkan keadaan air empangan yang melimpah ruah, tetapi kini, adakah berani mereka berbuat begitu lagi?

Kalau ada yang berani pun, cuma si Khalid Gagap dan Xavier saja yang bersuara mengenai keadaan empangan Selangor yang hampir kering. Malah mereka berdua turut memberi jalan penyelesaian kononnya mahu melakukan pembenihan hujan jika air empangan terus kering.

Pembenihan hujan itu bagus, namun ia bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Mungkin ia dapat menyelesaikan masalah air dalam waktu yang singkat, akan tetapi kalau dikira dalam jangka masa panjang, sampai bila kita nak guna cara itu untuk tambahkan air dalam empangan?

Lagi satu perkara yang perlu kita ingat, pembenihan hujan, jumlah kuantiti hujan yang turun, tak banyak.

Malah ia tak dapat membantu pun memenuhi empangan yang kering tu. Kalaulah itu cara penyelesaian terbaik yang MB Selangor kemukakan, memang agak sedih la, Selangor mempunyai MB yang tak pandai berfikir dengan waras.

Mungkin MB Selangor harap, air hujan turun secara semulajadi, membantu memenuhi empangan dan sungai yang hampir kering tu. Mc tak nafikan, air adalah sumber semulajadi yang turun dari langit menjadi hujan. Namun sebagai manusia, kita mampu mengawal keadaan dengan mengkaji purata hujan setahun
dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi segala ancaman krisis air yang mendatang.

Diatas kajian terperincilah, Loji Langat 2 dicadangkan menjadi penyelesaian masalah air di Selangor. Namun hingga sekarang, ianya masih tidak dapat dilaksanakan, kerana tidak di sokong oleh kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan negeri Selangor pula tak sudah-sudah, sibuk dengan penstrukturan air dan masalah pembelian syarikat konsesi. Patutnya Kerajaan Negeri lebih fokus kepada empangan, tempat simpanan air, saluran air, sumber sungai dan jumlah kegunaan harian air penguna di Selangor. Namun lain pulak yang di fokusnya.

Jika sekarang tahun 2012 pun, empangan dan sumber air sungai di Selangor seolah-olah tidak mampu menampung jumlah pengunaan air di Selangor. Bagaimana kita harap, semua ini mampu menampung keperluan air penguna di Selangor pada tahun-tahun yang akan datang?

Cuba kita fikir secara logik, Selangor sebuah negeri maju, setiap bandar di Selangor berkembang pesat. Malah jumlah penduduk di Selangor setiap tahun bertambah dengan cepat. Apakah bekalan simpanan air sekarang dapat menampung jumlah permintaan penguna air di Selangor kelak? Itu baru dikira jumlah penduduk. Tidak kira faktor yang lain lagi.

Masalahnya, air bukan hanya digunakan untuk keperluan manusia sahaja. Ia juga digunakan untuk pembangunan, pertanian, perlombongan, perkilangan dan lain-lain lagi. Apakah dengan infrastruktur simpanan air Selangor sekarang, dapat membekalkan jumlah yang cukup pada tahun-tahun yang mendatang?

Apakah Khalid Gagap sebagai MB Selangor tidak fikir akan semua ini? Khalid ohh Khalid, jika anda sudah tidak mampu untuk menyelesaikan masalah air di Selangor, sila serahkan tanggung jawab ini kepada Kerajaan Pusat. Mc percaya, TPM dan menteri yang berkaitan akan sudi menolong Kerajaan Negeri Selangor yang dilihat amat bermasalah untuk menyelesaikan masalah air.

Mc harap, dengan kebijaksanaan TPM, Muhyiddin Yassin yang amat mengambil berat tentang masalah air di Selangor. Beliau dapat turun padang untuk melihat sendiri, masalah sebenar, apa yang berlaku di empangan dan kenapa Loji Langat 2 sangat-sangat perlu dilaksanakan, walaupun tanpa sokongan Kerajaan Negeri.

Andaikata Kerajaan Pakatan Selangor tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat, biar Kerajaan BN pula yang turun membantu bagi memperlihatkan kepada rakyat, siapa sebenarnya yang pandai buat kerja, dan siapa pula yang hanya tahu bercakap saja!!


McTheory:
Bila la si Khalid ni nak berfikiran waras?

Tiada ulasan: