Isnin, 24 Disember 2012

#IsuAirSgor! Apa??? Gangguan Air Lagi? Ni Musim Hujan lah Khalid, Macamana Boleh Takder Air???


Nampaknya bala dan petanda datang lagi menimpa Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor. Berita yang Mc petik dari Bernama ini boleh membuatkan Khalid Gagap tersemput dan mengalami serangan penyakit kencing manis level kritikal.


Bala gangguan air telah menimpa di kawasan sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras, kerana gangguan bekalan air bermula semalam berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Mungkin ada yang tak percaya dengan berita yang Mc maklumkan ini, namun itulah yang terjadi sekarang. Kolam yang penuh, tak semestinya tidak bermasalah pada kemudian hari. Kalau nak ikut cara Khalid laa..

Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), kejadian berpunca daripada permintaan bekalan air di kawasan berkenaan yang meningkat mendadak sejak akhir-akhir ini.
Akibat dari kejadian tersebut, SYABAS mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau bagi membolehkan mereka memantau kawasan yang terlibat dengan gangguan itu.

Untuk pengetahuan Khalid Gagap dan konco-konconya, gangguan air ini melibatkan 9,200 pengguna disekitar kawasan berkenaan.  9,200 tu bukan angka yang kecil, ia melibatkan beberapa keluarga, dan tentunya mereka itu juga pengundi bagi negeri Selangor.

Untuk pengetahuan pembaca dan Khalid juga, kawasan berkenaan majoritinya didiami oleh kaum cina. Kaum cina yang agak 'berada' jadi tentunya semua gangguan ini akan mencetuskan kemarahan mereka kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Kenapa Kerajaan Negeri Selangor?

Akibat permintaan air dari yang tinggi dari pihak lain, satu pihak lagi terpaksa dicatu bekalan airnya. Kejadian ini menunjukkan betapa kritikalnya bekalan air di Selangor. Langsung takdak 'simpanan lebih' semuanya hanya cukup-cukup.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Selangor dan Khalid sendiri perlu mengambil berat mengenai hal ini. Bukannya, hanya bertindak apabila semua ini dah berlaku. Bila dah berlaku semuanya dah terlewat, dah tak guna.

Begitu juga dengan keadaan di SELURUH negeri SELANGOR. Sepatutnya Khalid lebih peka dan prihatin. Bukannya dengan men'congak' buta, kemudian buat keputusan. Memang lingkup la Selangor kalau Khalid buat macam tu.

Sebab tu Kerajaan Pusat suruh Khalid setuju buat Langat 2, sebab nak Selangor ada punca untuk 'simpanan lebih' air pada masa akan datang. Jadi perkara-perkara kecil macam ni takkan berlaku lagi. Sebab ada ada 'simpanan yang lebih'.

Tetapi Khalid Gagap bebal, taknak dengar, lebih dipengaruhi politik. Jadi bila dah jadi gangguan air, apa Khalid nak buat? Sedekah air percuma berlori-lori?

Kalau prihatin, tak payah berlori la hantar air, bina saja loji simpanan air baru. Ia lebih menjamin masa depan, pengguna pun senang, tak payah nak bimbang bila nak kena catu, tak bimbang bila nak ada air, tak pula tertunggu-tunggu bila pulak lori nak sampai.

Ini tidak, nak mandi pun nak kena tunggu lori air. Sampai bila rakyat Selangor nak hidup dalam kebimbangan dan ketakutan. Asal ada kegunaan lebih, habis semua kena catu, kesian.

Mc nak ingatkan, peristiwa ini berlaku dalam musim hujan, kalau musim kemarau macam mana ya? Satu daerah guna air lebih, habis seluruh Selangor kena catu air gamaknya nanti. Kalau jadi macam tu, memang lingkup la.

Kalau dah macam tu pun Khalid taknak buat Langat 2 lagi, memang nak suruh rakyat Selangor sepak Khalid keluar dari pejabat MB la kot. Bab air rasanya jangan main-main, belum sampai PRU,
Kerajaan Negeri dah runtuh nanti. he he..

McTheory:
Air penting dalam hidup, tak mandi sehari, boleh mengamuk satu dunia!

















1 ulasan:

Walinong Sari berkata...

Jalan mudah, Syabas dahulukan bekalan air ke kawasan yang mengalami dengan mengabil punca bekalan ait ke rumah MB mugkin dia akan faham tidak ada air - 1100 am Tuesday, December 25, 2012