Rabu, 19 Disember 2012

PANASS!! AES Di Bekukan Oleh Peguam Negara??


Mc taktau ini berita baik atau buruk. Bagi sesetengah orang, ianya baik, tapi bagi Mc bila AES dibekukan, ia petanda buruk.

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan.

Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.

“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.

” Kenyataan itu turut menyebut saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah, bagaimanapun pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan berikutan pelaksanaan saman tersebut.

“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata AGC melalui satu kenyataan hari ini.

“Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, AGC akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan,” tambahnya.

Putrajaya dikatakan akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.

AES ni memang membebankan, tapi ia juga merupakan langkah keselamatan yang dibuat untuk mencegah kemalangan. Apa sangat la wang jika nak dibandingkan dengan nyawa?

McTheory:
Apa langkah seterusnya ni?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kan aku dah kata, AG dan SPRM amat takut kpd pembangkang.....

Tanpa Nama berkata...

negara kita ni ditadbir oleh umno ka pembangkang?

Durio Ziberthinus berkata...

Tahniah Peguam Negara kerana bijak membuat keputusan dimana Malaysia akan pasti masih mengekalkan rekod dunianya yg mempunyai kemalangaan jalanraya antara yg tertinggi selepas ini.

Unknown berkata...

AES memang baik jika ia dipandang dari sudut keselamatan,perlu di ingatkan kepada KP JPJ,dlm TV baru baru ini beliau telah mengambil contoh banyak negara telah melaksanakan sistem AES telah berjaya tapi Dato'KP lupa untuk membuat perbandingan pendapatan,taraf hidup,kelakuan,sikap,masyarakat serta pemerintah negara tersebut(politik),sepatutnya dalam membuat perbandingan semua ini dibandingkan sekali,bukan hanya diambil contoh AES yang berjaya sahaja.Sebagai contoh yang amat senang dilihat,ada rakyat negara kita yang pendapatannya tak sampai RM1K,tapi mereka mampu memiliki kenderaan yang buruk,(Proton buruk harga 3K pun blh laju sampai 100KMJ
jadi dengan pendapatan 1K sebulan kalau 3 kali kena saman maka bulan tu tak makanlah hamba Allah tu,Dato'KP kontrek yg budiman juga ada menyata kan saman AES takda kompromi takda rayuan, kena tetap RM300.Pada Mahkamah pun kita blh merayu pada Allah pun kita blh merayu tapi pada JPJ tak blh,betapa agongnya JPJ yang di beri gaji oleh rakyat.Secara positifnya mendidik manusia bukan seperti mendidik haiwan,manusia adalah satu satunya mahluk yang berakal,rakyat perlu dididik bukan dihukum. Kan ada baiknya saman AES dilaksanakan secara berperingkat secara berhemah,contohnya saman Aes mula pada bulan Sept.-December saman nya RM 50.00 diwar-warkan secara meluas saman AES pada Bulan Jan - Mac RM 100 dan bulan April - Jun RM150,Julai-Sept RM200 dan selepas September dan seterusnya RM300. dengan cara demikian Rakyat tak terkejut dan tak tersentak kerana di beri kelonggaran 1 tahun supaya berhati-hati.Wahai Dato'Solah, RM 300 bagi kami yang berpendapatan kecil dan sederhana ni begitu tinggi,tahu tak Dato'dengan RM 300 tu kami blh bayar sewa rumah 1 bulan.Dan satu lagi yang mengundang rasa terkilan dikalangan Rakyat, pemandu kereta proton magma yg lajunya 100km/j kena saman RM 300,pemandu kereta BMW (entah apa siri)laju 250KM/J pun kena saman RM300,renung-renungkan lah.