Sabtu, 26 Januari 2013

PANASS!! Dr. Rosli Yaakub 'Si Badut' Cuba Berlagak HERO Tentang #FGVH!!


Kata orang-orang tua, kalau kita kerja di luar negara tu, boleh dikira sebagai hebat. Maklumlah, rakyat Malaysia ni diimport keluar negara, pasti dia mempunyai kelebihan yang tidak ada di negara tersebut.

Tapi sebenarnya tengok juga negara mana yang kita dipanggil bekerja tu. Sebab jika negara hebat yang panggil kita, sudah tentu kita bangga kerana tenaga kerja kita diperlukan oleh negara yang terhebat di dunia.

Mau tak rasa bangga kalau rakyat Malaysia kerja di England, Amerika, Jerman, Perancis atau China. Dinegara-negara besar, malah berjawatan tinggi pulak tu. Namun, adakah kita boleh berbangga kalau kita kerja dengan sebuah syarikat swasta yang tidak tahu statusnya di Bangladesh?

Memang la berjawatan tinggi, memegang jawatan CEO pulak tu, tetapi CEO di syarikat yang bagaimana? Di negara maju atau mundur? Jangan hanya mengaku diri hebat, sedangkan pada hakikat sebenarnya haprak!

Itulah yang terjadi pada Dr. Rosli Yaakub, pakar ekonomi yang diimport khas dari Bangla. Kerjanya hanyalah untuk membuat peneroka felda tidak yakin dengan penyenaraian saham FGVH.

Mc pun taktahu bagaimana Mazlan Aliman boleh jumpa orang ini. Mungkin kelayakannya asal pandai berbohong dan berlagak bagus, sudah cukup untuk menjadi pakar analisis saham puak Pakatan Haram.

Sedangkan pada hakikat yang sebenar, status Dr. Rosli yang dikatakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pun masih lagi diragui. Malah mengikut info yang baru Mc terima, Dr. Rosli ni hanyalah timbalan ketua jabatan di Bank Negara dan bukannya Timbalan Gabenor. Kalau info itu betul, nampak sangat Dr. Rosli ni kaki kelentong.

Dia punya gah kononnya dia bekas timbalan gabenor, hinggakan dia diangkat sebagai wira untuk menentang saham FGVH ni. Kononnya dia telah buat kajian dan analisis bahawa FGVH akan rugi dan peneroka akan kehilangan wang.

Malah Dr. Rosli di angkat sebagai 'pakar' penganalisis saham, walaupun tiada rekod yang menunjukan dia seorang yang 'pakar' dalam pasaran saham. Dia hanya arif dalam banking fields dan finance, BUKAN investment. So dia takdak kreadibiliti untuk analisis saham FGVH.

Apa yang Mc lihat Dr. Rosli cuba diangkat sebagai ikon atau hero penentang FGVH, mungkin tiada siapa yang layak untuk diperbodohkan dalam isu ini. Maka Dr. Rosli bersedia untuk memperbodohkan dirinya sendiri.

Berlatar belakangkan bekerja di bank negara, maka status tersebut digunakan oleh Pakatan Haram untuk menyakinkan penduduk felda bahawa FGVH tidak relevan.
Tidak relevan atas berdasarkan kajian dan analisis yang dia lakukan, sedangkan pada hakikatnya sendiri pun gagal mentafsir dan baru-baru ini saham FGVH terus naik ke tahap RM4.51, walaupun Dr. Rosli kata saham FGVH akan jatuh merudum.

Disitu kita telah nampak kemampuan dan wajah sebenar Dr. Rosli, seorang finance cuba berlagak sebagai invenstment. Bila lakonan melebihi kemampuan, ia akan mendedahkan 'kemaluan'nya sendiri.

Bila dibuktikan begitu, apakah kita masih lagi boleh yakin dengan orang sebegini?


McTheory:
Mati hidup balik pun, susah nak percaya oii..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tengok sekarang....siapa yg kenaaa??
Harga saham FGVB dok turun tu...
Nampak sangat Mc yg celaka

Tanpa Nama berkata...

jatuh sikit je....dah naik pulak dahhhh..

Tanpa Nama berkata...

Emm mctheory, dlm finance mereka menguruskan investment. Maaf ya you kurang arif dalam nak menulis tentang lapangan ilmu ini.