Pages

Ahad, 28 April 2013

HOT INFO! Sebak Bila Baca Cerita Nenek Tua Ni!



Malam ni OFF politik sat.. Mc terharu dengan cerita kat bawah ni,

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di kongsi untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

P/s: ada lagi orang baik hati rupanya..

10 ulasan:

  1. Alangkah baiknya,jika hakim di Malaysia ini mencontohi hakim Marzuki ini,

    Tetapi sehingga hari ini belum ada lagi Hakim yang berani dan sebijak ini di Mahkamah dalam Malaysia.

    Bila agaknya Hakim seperti ini akan Ujud di Malaysia?

    BalasPadam
  2. Hakim mana pulak ni...setau aku hakim kat Indonesia ni banyak yang corrupt, daripada bagi duit kat nenek dia sumbat masuk jel adale.

    BalasPadam
  3. Dengar kabo Hakim ini akan ditukar ke Malaysia pada tahin 2014,
    Habis lah Hakim kat Malaysia,tak boleh cari makan sebab Pengalaman dan kebijaksanaan Hakim ini sukar ditandingi oleh Hakim-Hakim kat Malaysia.

    BalasPadam
  4. Hakin Ghani Patail jenuh ketaq lutut kalau betui ada Hakim macam Marzuki ini ada dekat Malaysia?
    Pasai Hakim Marzuki ada ada ciri-ciri seorang Muslim sejati yang hanya takut pada Allah sahaja.

    Saya doakan semua Hakim kita tolong contohi Hakim ini dan tidak perlu takut pada manusia.

    BalasPadam
  5. Adeeehhhh Hakim ni tukar kat Malaysia adoiiiii entah ada berapa kes dia kena handle kat Malaysia ni ngan kes Saman n Liwat...entah2 Hakim tu leh balik Indon gamaknya keh keh keh

    BalasPadam
  6. Bro sekalian, ingatlah sket ye banyak lagi kes diluar sana yg sangat rumit dan sukar diadili. MAcam biasa perlu ada 4 saksi hahahaha...

    BalasPadam
  7. Nenek tua kutuk pencuri ubi..kih kih kih..

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. hakim dimalaysia boleh bagi tangguh sehingga 70 kali...Mungkin kalo hakim Indin tu datang malaysia Nenek tu dapat penanguhan lebih 70kali juga dan akan bebas setelah perbicaraan selama 2.5 tahun 9bermula dari kes difailkan).

    BalasPadam
  10. Komen yang terakhir tu, paling terbaik!!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!