Pages

Ahad, 7 April 2013

TERBAIKK!! Kejutan PM @NajibRazak Untuk Rakyat Malaysia!! #BNbagus #ManifestoBN



Manifesto Barisan Nasional(BN) yang dilancarkan oleh YAB DS Najib Tun Razak dan disiarkan secara langsung di kaca tv telah menjanjikan banyak perkara yang mengurangkan beban rakyat. Ini yang sepatutnya dijanjikan dalam manifesto bukannya "manifesto bukan janji" seperti manifesto pembangkang!

YAB PM tidak menganggap manifesto itu sebagai satu manifesto tetapi Akujanji Untuk Rakyat Malaysia! Ya..Barisan Nasional tidak akan menabur janji jika tidak dapat ditunaikan,setiap janji ialah JANJI DITEPATI! Bukannya menabur janji-janji kosong seperti pembangkang yang tidak melaksanakan manifesto pada tahun 2008 di negeri-negeri pemerintahannya.

Barisan Nasional sentiasa memberikan sepenuh komitmen demi memenuhi keperluan rakyat bukannya menyusahkan lagi rakyat seperti pembangkang yang hanya berpolitik untuk kepentingan peribadi..

Seperti di Pulau Pinang yang tidak ada perumahan kos rendah yang dinaikkan  bagi golongan berpendapatan rendah tetapi meluluskan projek berbilion ringgit untuk pembinaan terowong..

Di Kedah juga menghadapi masalah dengan sistem pentadbiran..isu air di Kelantan malahan banyak lagi masalah yang dihadapi rakyat di negeri pembangkang.

Barisan Nasional menjanjikan 150 komitmen baru untuk 5 tahun akan datang jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13 yang mana 112 komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat

Apa yang dibentangkan oleh YAB PM adalah sangat realistik,berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Jangan menjanjikan sesuatu perkara jika janji itu tidak dapat dilaksanakan..betapa mahir dan berhati-hatinya YAB PM menguruskan kerajaan dibawah pentadbiran Barisan Nasional.



Janji-janji itu juga turut merangkumi keperluan rakyat di Sabah, Sarawak dan kawasan pendalaman di Malaysia.

Jika pembangkang buat BERSIH 1,2,3 kononnya untuk membela nasib rakyat namun sampai sudah rakyat di negeri-negeri pembangkang tidak mendapat 'kesenangan' seperti yang di'janji'kan dalam manifesto mereka..opss lupalak "manifesto bukan janji"..

Tetapi Barisan Nasional juga boleh buat seperti BERSIH yang dibuat pembangkang cuma berlainan konsep sahaja iaitu BR1M 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya..BR1M akan dinaikkan secara berperingkat sehingga mencecah RM1200.00..Bantuan-bantuan lain seperti Baucer Buku 1 Malaysia dan Bantuan Persekolahan juga turut dinaikkan..ini yang dikatakan memenuhi keperluan rakyat ok..

Barisan Nasional berkongsi kemakmuran bersama rakyat bukannya seperti sesetengah parti yang mengutip derma untuk tujuan bantuan amal tetapi untuk kepentingan parti itu sendiri.

Banyak lagi yang Barisan Nasional laksanakan untuk kepentingan rakyat,malah ada penambahbaikkan demi rakyat. Jadi demi agama, bangsa, tanah air dan anak cucu kita marilah menyokong Barisan Nasional untuk diberi mandat mentadbir negara Malaysia ini! - MegatSpy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!