Rabu, 29 Mei 2013

PANASS!! Luahan Rasa Dari Rakyat Kedah Mengenai Dato Paduka @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Kat bawah ni tulisan dari pembaca tetap Utusan Malaysia. Beliau meluahkan segala yang beliau rasa bila BN menang di Kedah dan Dato Paduka Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah.

Mari kita baca tulisannya..

SAYA merupakan penggemar ruangan rencana dan juga Forum di akhbar Utusan Malaysia.

Hari ini saya mengambil tindakan untuk menulis di ruangan ini bagi meluahkan apa yang saya rasa sempena PRU-13 ini.

Selepas keputusan PRU-13 disahkan oleh SPR, bahawa BN menang dengan majoriti mudah 112 kerusi, saya melonjak kegembiraan dan suami melakukan sujud syukur.

Betapa bersyukurnya kami, kerana sekali lagi dengan izin Allah, BN dapat mentadbir negara tercinta ini.

Kegembiraan kami bertambah setelah negeri kelahiran saya, negeri Kedah berjaya ditawan kembali.

Untuk pengetahuan, semalam sebelum dan semasa hari mengundi saya dan suami keluar meninjau keadaan di sekitar bandar raya Alor Setar.

Pada perkiraan saya, majoriti kenderaan yang mempunyai bendera adalah penyokong pembangkang.

Sekiranya diadakan pertandingan memasang bendera dan sorakan penyokong, sudah pasti kemenangan milik mereka.

Mereka bermaharajalela di jalan raya. Namun begitu, saya optimis majoriti kenderaan lain yang tidak memasang bendera adalah pengundi BN.

Ini kerana, mengambil kira keseluruhan ahli keluarga saya yang merupakan pengundi tegar BN, tiada seorang pun di antara kami yang memasang bendera atas faktor keselamatan.

Kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, saya percaya majoriti rakyat Kedah sungguh gembira di atas perlantikan Datuk Seri sebagai Menteri Besar.

Besar harapan kami agar Datuk Seri dapat membawa perubahan kepada negeri Kedah.

Ramai golongan belia di negeri Kedah yang bersedia untuk dipimpin dan ditunjukkan jalan agar dapat bersama-sama memajukan negeri tercinta ini khususnya dan negara amnya.

Isilah dada mereka dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang dapat dimanfaatkan.

Jemputlah penceramah-penceramah yang digemari oleh golongan belia dan jadikan aktiviti mingguan atau bulanan supaya ilmu yang diterima dapat menghindarkan mereka daripada terpesong. Saya yakin Datuk Seri mampu melakukannya.

AMIRA - Alor Setar


Komen:
Memang hampir semua rakyat Kedah gembira bila Dato Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah. Tak kira Pas atau UMNO, ramai yang menyokong, Mc tak nafikan. Namun Mc minta Dato Mukhriz jangan lupa jentera yang menolong semasa dan sebelum PRU.

Sebab dah ada bunyi-bunyi yang tidak sedap didengar. Mc sebagai penulis blog hanya menyampaikan saja. Suara kami kecil, kadang-kadang orang tak perasan pun. Sebab tu lepas PRU mana ada orang pedulikan bloggers, facebookers, twitterian dan troopers. Watak tak penting..

Waktu sekarang ni, siapa yang paling berjaya? Semestinya kaki-kaki bodek dan pengampu-pengampu orang kaya. Orang yang selama ni buat kerja akan disisihkann..begitulah kehidupan. Susah sesama, senang sesorang. he he he..orang kata, bukan Mc kata.


McTheory:
Itulah harga sebuah perjuangan..

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AMIN AMIN AMIN AMIN...yg nak projek aje tendang jauh jauh.....AMIN AMIN AMIN AMIN AMIN AMIN AMIN AMIN AMIN AMIN AMIN

Tanpa Nama berkata...

sejak ade bloggers ni org2 politik nk kena bg makan depa jugak kan..tidak nnt rupa warna blogg tu akan BERTUKAR jd kaler lain.. heheh.. TK IKHLAS mngkin harap perhatain atau WANG??

hehehe

Tanpa Nama berkata...

semua org berasa lega Alhamdulillah bila Kedah kembali pd UMNO.

Kedah dulu negeri yg best, sejak PAS perintah Kedah suram. kontraversi yg merubah Kedah jd rosak.

Syukur Allah berikan kemenangan ini. Mukriz terbaik utk memulihkan Kedah yg banyak kerosakkan ditinggalkan Rejim PAS.

Rindu nye nk balik Kedah..

Tanpa Nama berkata...

betul tu dlm ruang Forum, si penulis tu luahkan. terasa terlepas Kedah dr cengkaman PAS yg zalim lg perosak!

Petang hari undi aku balik ke kg..aku tgk gelagat berok2 PAS yg samseng di jalan rasa baw abendera PAS. mereka siap hon2 lagi. bising dan perangai mcm jahiliyah.

mereka buat provokasi dan berkonvoi tgh2 jalan smpai sesak jalan2 utama..

akhirnya padan muka Allah berikan kekalahan pd PAS. tktahulh apa akn jd jika PAS terus berkuasa di Kedah!!

Doakan smoga Allah plihara Kedah dr rosak lg..dr pakatan haram! dn diberikan kekuatan dan kebijaksanaan pd Mb Mukriz utk tadbir kedah dgn cemerlang dn berwibawa!

tugas yg trlalu berat bg MB muda ini..semoga berjaya Dato Mukriz.. AMINN YA ROBAL ALAMINN!

Tanpa Nama berkata...

bloggers tak payah makan nasi ke? takdak anak bini?

Tanpa Nama berkata...

bukan tak ikhlas,tapi kami pun nak makan.kalau nak makan pun tak boleh,kerja nak ikhlas macam mana?peperangan dalam media maya makin dahsyat sekarang ni.tapi kalau rasa tak penting,tunggu pru ke 14,kedah bungkuih pula la jwbnya.

Tanpa Nama berkata...

oooo nak makan yerr... baik le declare terang2..wtpe lapik bro.. siap guna TANPA NAMA..

sbb tu aku dr awl xpcye dgn bloggers2 ni.. nk makan rupanya.. xkenyang makan jdlah mcm PARPU KARI.. skrg tengah gerakkan perang saraf jatuhkan NAJIB?

korang tahu atau sbrnya buat2 tak tahu??

anakwarisan berkata...

wahai bloggers.. korang mmg tk ikhlas.. jika xberi makan korang nk ugut lah?

plss lah aku masuk ke blog pro UMNO sbb UMNO taw..bkn sbb bloggers. tp jika blogger pn nk jd haram jadah mcm anwar.. xdpt sesuatu mula memberontah..ugut2 terbuka..mcm PARPUKARI..hello.. jgn igt pmbaca pro BN akan masuk lah.. sorry lah nk support.. Insya Allah UMNO xtumbanglah tnpa bloggers yg melahap.. perjuangan diteruskan cmm biasa..

-anakwarisan-

McTheory berkata...

A'aa.. apa kena blog aku dengan Parpukari? Jauh menyimpang. Nak cakap pasai Parpukari, pi la blog dia la, dok meluah rasa kat sini buat apa?

komen atas tu takdak kena mengena dengan aku.

Lain story lain komen.

Juwita berkata...

membaca atikel diatas buat saya rasa teruja,semangat saya bangkit sebagai rakyat bawah bayu kami juga akan terus pertahankan negeri kami dari menjadi jajahan petaulang negara kami akan terus kekalkan kerajaan Barisan Nasional dibumi kami yang tercinta ini.

Tanpa Nama berkata...

cikgu aku pnah ckp., buat kerja kena ikhlas..
buat baik dbalas baik.,
yg penting sabar n ikhlas,..ganjaran akan dapat jga.. legasi tun.M.