Pages

Rabu, 8 Mei 2013

TERKINI!! Ustaz Azizan Mantan MB Kedah Masih Koma, Belum Meninggal! #HanyaDiKedah


Pagi tadi Mc mendapat satu sms dari seorang sahabat yang bertanyakan tentang kesihatan Ustaz Azizan, sebab dikatakan Ustaz Azizan kena serangan jantung yang teruk. Memang benar, Ustaz Azizan sedang tenat.

Ustaz Azizan diserang penyakit jantung dan beliau dihantar ke KMC (Kedah Medical Center). Semasa di KMC, beliau dilawati oleh MB Baru Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Kemudian, Ustaz Azizan sekali lagi dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, kerana disana peralatannya lebih canggih.

Mc menafikan kenyataan Ustaz Azizan sudah meninggal, kerana beliau masih lagi dirawat dan sedang dalam keadaan KOMA.

Kalau tak percaya boleh ke Hospital Pulau Pinang sendiri untuk mengetahui hakikat yang sebenar.

McTheory:
Marah macam mana pun, kita orang Islam, doakan beliau selamat.

17 ulasan:

  1. KETEPIKAN EMOSI POLITIK. MARILAH KITA SEMUA MENDOAKAN SEMOGA BELIAU KEMBALI SIHAT. INSYA-ALLAH, AMIN!!!!!

    BalasPadam
  2. Semoga Ust.Azizan sentiasa dilindungi Allah dengan penuh ketenangan dan keimanan.Amin....

    BalasPadam
  3. Semoga cepat sembuh Ust Azizan

    BalasPadam
  4. moga Allah s.w.t. permudahkan apa yg terbaik utk hambaNya. sama2 kita doakan... amin...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, Ya Allah, semoga Ust Azizan disembuhkan. Kasihan Ust banyak hadapi tekanan. Moga dgn izin Allah Ust Azizan segera sembuh.

    BalasPadam
  6. Semoga Ustaz Azizan cepat sembuh.Apalah sangat hidup ini, hanya sementara, yang azali menunggu disana..selama-lamanya. Apa pun perbezaan kita kan semua Islam. masih berdoa pada Allah yang satu.
    Cukup-cukup lah melayu..bersatu lah.

    BalasPadam
  7. Semoga Ust Azizan cepat sembuh... Al Fatihah

    BalasPadam
  8. Walaupun saya penyokong tegar umno tetapi saya amat berharap dan berdoa ust azizan sembuh dan selamat

    BalasPadam
  9. apehal Al-Fatihah pulak.. adat doakan org sembuh bukan dgn Al-Fatihah.. ish2..

    BalasPadam
  10. Kena ingt, dr kalangan PAS, Ust Azizan lh yg paling tk bermusuh dgn UMNO.. sbb itulah dia diperangi dlm PAS. Kdg2 dia terpaksa juga turuti rentak resmi PAS yg suka bermusuh dgn org UMNO tnpa sbb..

    Ust Azizan berjiwa Melayu, dan dia tk suka gaduh2 dgn sesama Melayu Islam. Semoga Allah berkati Ust Azizan dan sembuhkan segera sakitnya. Aminn..

    BalasPadam
  11. Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh.. Semoga Ustaz Cepat Sembuh InsyaAllah.

    BalasPadam
  12. sya doakan semoga beliau sembuh amin

    BalasPadam
  13. Semoga beliau segera sembuh spt sediakala. In Shaa Allah. Amin.

    BalasPadam
  14. Wah, baru abis raya nak raya lagi ke? Hari ini dalam sejarah la.... Seminggu pun tak sampai lagi.

    BalasPadam
  15. Alfatihah ibu segala doa..ya kita doakan beliau sembuh, itulah kelebihan org Islam kita boleh berbeza pendapat tetapi kita tetap bersaudara, Allah benci pada yg melampaui batas. Ya Allah sembuhkan saudara kami ustaz Azizan semoga beliau boleh membantu MB baru kita memertabatkan Islam sebagai addin.

    BalasPadam
  16. Dah meninggal, boleh baca kat

    http://kedahkekl.blogspot.com/2013/09/terkini-mantan-mb-kedah-ustaz-azizan.html

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!