Isnin, 3 Jun 2013

PANASS!! Pembangkang BOIKOT SPR Bawah Jawatankuasa Parlimen!


Parti pembangkang diminta tidak memboikot keputusan kerajaan meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas yang dianggotai Ahli Parlimen.

Naib Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia, Datuk Rahman Dahlan berkata, PR perlu menyertai jawatankuasa itu untuk melakukan penambahbaikan SPR kerana ia adalah kepentingan negara, bukannya kepentingan politik.

Ahli Parlimen Kota Belud itu mengingatkan pembangkang supaya jangan hanya bermain politik.

Katanya, selama ini mereka sering mendesak supaya SPR diletakkan di bawah Parlimen.

“Mereka perlu mengambil kesempatan ini bersama-sama kerajaan untuk memastikan SPR diyakini dan jangan memberi bermacam alasan,” katanya.

Rahman, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, idea itu menunjukkan kerajaan mahu menjadikan SPR telus dan terbuka.

“Saya menyokong usaha ini. Ia adalah langkah terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

“Pembangkang jangan memperlekeh usaha ini kerana mereka yang mahukan SPR di bawah Parlimen,” katanya.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, langkah penubuhan jawatankuasa khas Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, tidak dipolitikkan atau diputar-belit oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, kesediaan kerajaan menubuhkan jawatankuasa ini membuktikan bahawa SPR adalah sebuah suruhanjaya yang telus dan adil.

"Langkah ini perlu dipandang positif dan rasional, bukan dari sudut emosi serta persepsi sendiri.

“Penubuhan jawatankuasa yang dianggotai kedua-dua pihak membolehkan kedua-dua pihak mengawal selia SPR,” katanya.

Rosnah, yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, dengan tertubuhnya jawatankuasa ini proses pilihan raya dan bidang tugas SPR dapat dibaiki.

“Ia sebagai langkah telus dan demokratik. Perkara yang lebih penting adalah tidak akan ada lagi pertikaian bahawa SPR menyebelahi mana-mana pihak.

“Lebih tepat lagi (ia didakwa) menyebelahi parti pemerintah, walaupun sebenarnya perkara ini tidak terjadi dalam pilihan raya baru-baru ini,” katanya.

7 ulasan:

Awanama berkata...

DAH 57TAHUN APAKAH SELAMA INI SPR TDK TULUS,,,,,,,,,
KENAPA SEKRG
TAKUT PEMBANGKANG .........

Awanama berkata...

SPR letak bawah mana pun pembangkang tak penting Yang PENTING pembangkang menang PRU. Itu saja hajat pembangkang.

Awanama berkata...

SPR jgn layan diaorg ni..buang masa je!!..byk kerja lain boleh buat..lama2 penat nnt, senyap sendiri diaorg ni..kalau dilayan menjadi2 nnt..kalau dah kalah, kalah lah! takkan nak bg menang plak kot??!!org semua x telus..mcm doarg ni je yg telus..hampeh!

Awanama berkata...

Bodohnya Tok Najib ni...semua kemahuan pembangkang di ikut...kalau nak ikut lagi, bagi saja jawatan PM tu kpd mereka...

Jangan sampai kami ahli UMNO di peringkat bawah ni tak boleh kawal marah kami....minta sangatlah Tok Najib undur diri, bagi peluang orang lain pulak...

Yuhan Noor berkata...

betul dan tepat apa yang MB Hassan Negeri Sembilan cakap semalam, pembangkang ni takkan habis habis cari isu nak burukkan kerajaan. tak payah layan buang masa kita jer. lagi pun bangsa ni tak tau mengenang budi. kebaikan kerajaan selama puluhan tahun ni langsung tak dikenang. pergi mampus la pembangkang. aku tunggu Muhyidin jadi PM.

Awanama berkata...

ape la dato seri najib ni.ape pembangkang komplain mesti di tangangi segera.fikirkan la org yg pangkah BN dlm pru13 dulu.spr tak de buat salah ape pun.tak payah nal duduk bwk kerajaan.nama pun suruhan jaya.bagi muka la kat YDP.

hangkedee berkata...

Setuju dengan pendapat MB negori.Kalau suka ikut cakap mereka apa guna kita menang pilihan raya.Lebih baik kalau semua kemahuan tertunai.mente tun kuat tidur