Selasa, 2 Julai 2013

TUDIAA!! Rafizi Ramli 'Kempen Manager' Azalina Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO?


Benar atau sekadar gurauan, mungkin juga ianya merupakan hint sebenar Ahli Parlimen Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Semalam ketika perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, secara berseloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang), menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Tawaran Azalina disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai UMNO terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang boleh membantunya.

Persoalannya, adakah ianya benar sekadar gurauan Aza, yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia….

Mampukah Azalina menarik minat akak-akak dalam Wanita UMNO untuk menerimanya sebagai Ketua….. atau Azalina sekadar bergurau?

Baca seterusnya di JohorDaily

Tapi kalau betul pun apa salahnya, memang dulu beliau ada sedikit kontroversi, namun manusia boleh berubah. Mc tertarik dengan cara kerja Azalina yang memang hebat dan tersusun. Sampai sekarang tidak ada lagi Ketua Puteri UMNO yang mampu menandingi beliau.

Tiada ulasan: