Jumaat, 30 Ogos 2013

INFO! Rakyat Patut Tengok Filem Tanda Putera dan New Village - Tun Dr Mahathir


Rakyat sepatutnya dibenarkan untuk menonton filem berkisar tentang sejarah seperti Tanda Putera dan New Village, dan mereka akan membuat keputusan sendiri mengenainya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika mereka mahu mengharamkan Tanda Putera, mereka sepatutnya mengharamkan kedua-dua filem.

“Jika mereka mahu menayangkan filem, mereka sepatutnya menayangkan kedua-duanya. Kemudian, rakyat akan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka,” katanya pada sidang media di Shah Alam, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta pandangan mengenai keputusan untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera.

Filem Tanda Putera merupakan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang menggambarkan mengenai rusuhan 13 Mei 1969, memfokuskan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Manakala New Village, berlatarkan zaman penjajahan British pada era 1950an di Tanah Melayu, dan menggambarkan kisah cinta antara seorang gadis kampung dan seorang gerila komunis, yang mengimbas mengenai kehidupan kaum Cina pada zaman darurat.

-mStar

1 ulasan:

Awanama berkata...

maksudnya DAP lebih biadap,kejam dan lebih merbahaya daripada komunis. cubalah tengok watak2 cina dalam kedua2 filem itu, anda akan tahu cina mana jauh lebih bahaya kepada negara!

*musuh tersembunyi (bpura2 jd kawan dan berwatak baik)lebih bahaya dari musuh yg nyata.