Rabu, 28 Ogos 2013

PANASS!! Kenapa Pemain Kedah Tahun 2007/08 Lari Meninggalkan Pasukan? #KedahAmanMakmur


Masih ingatkah kita kejayaan pasukan bola sepak Kedah pada tahun 2007 dan 2008. Di mana pasukan bola sepak Kedah berjaya memenangi tiga piala berturut-turut. Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia. Tidak dinafikan nama 'sang kenari' hijau kuning amat digeruni oleh kawan atau lawan.

Tiada pasukan yang mampu 'mengalahkan' pasukan hijau kuning ini dengan mudah. Jikalau Kedah kalah pun, ianya hanya 1 dari 20 perlawanan. Kiranya pasukan bola sepak Kedah memang berada disatu tahap yang lebih tinggi.

Tapi selepas pada tahun 2008, pasukan Kedah jatuh merudum. Tentu ada sebabnya. Apakah pemain tak kualiti? Tak, pemain tetap sama. Apakah jurulatihnya orang lain? Tak.. jurulatihnya tetap sama. Cuma dibawah pemerintahan Kerajaan yang berbeza.


Bukan Mc nak tuduh Kerajaan Pas tidak pandai menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Tapi itulah hakikatnya. Sikap tidak mengambil berat menyebabkan sebuah pasukan yang amat hebat berpecah, hancur dan akhirnya Kedah tersungkur hinggalah sekarang.

Salah Pas kerana mereka tidak mempedulikan pemain. Mereka terlalu percaya dan banyak membiarkan 'golongan' terlalu pandai dalam KFA mencaturkan segala. Bila ada manusia 'terlalu' pandai, ia akan merosakan segalanya, sebab 'terlalu pandai' tu membuktikan dirinya tu kosong dan syok sendiri!

Dalam KFA juga ada politik yang tersembunyi, dalam KFA juga ada 'warload' yang hanya mahu cakapnya saja perlu di dengar. Manusia ini yang mengatur gaji, pemain hingga melebihi kuasa yang ada pada pengurus dan jurulatih.

Bila ada manusia yang terlalu pandai ni menguasai keadaan, pemain akan jadi lemah dari segi mental dan fizikal. Cakap pemain langsung tak pakai, malah pemain yang mereka tak suka, akan ditekan sehingga menjejaskan tumpuan terhadap permainan, lalu meninggalkan pasukan.

Sejak 2008, kali terakhir pasukan Kedah menawan 3 piala. Berapa ramai pemain Kedah pada zaman itu yang tinggal pada pasukan sekarang?

Dimana Pelam, Pak Long, Mie yeh, Hasmawi? Yang tinggal hanya Badrol Bakhtiar dan Khairil Muhymeen. Kenapa mereka meninggalkan pasukan? Tentu ada masalahnya kann?

Pada zaman Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, Allahyarham menjaga pemain seperti anak-anaknya sendiri dan cukup mengambil berat tentang hal pemain. Sejak beliau pergi ke rahmatullah, tidak ada lagi Pengurus berbuat demikian. Masa Othman Aziz ada, ok lagi la. Bila Othman Aziz dah tinggalkan Pasukan Kedah, terus 'manusia bijak pandai' tu mencorak kan segala hingga pasukan jadi rosak!

Mc sudah menghubungi kesemua pemain yang meninggalkan pasukan Kedah, kesemuanya memberikan jawapan yang sama, iaitu individu 'bijak pandai' dalam KFA tu, patut di keluarkan terlebih dahulu jika mahu melihat KFA bangkit semula sebagai persatuan bola sepak yang cemerlang.

Jika 'individu bijak pandai' tu masih ada dalam KFA, mereka percaya, pemain Kedah sekarang akan menerima nasib yang sama seperti mana mereka kena dulu!


McTheory:
Ada dua orang 'bijak pandai' dalam KFA tuu.. nak tau sapa? nanti kita sambung..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini cerita pasai SyedKhairul dengan Baim ke? tu malaun dalam KFA tu!

Tanpa Nama berkata...

swuh mukhriz buang dua org ckp pandai tu dgn segera!!! pastu rombak semula pemain kedah, cari yg berkaliber tgk pemain yg da skrg sumanye hampeh mcm tareti main bola...buang khairel muhamin dy skrg dh mngarut taw cntrol ball dia sorg ja pastu buang fazliata dy tu kuat pas bg dy merempat sikit...

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa kaji kat kem perak gak... lps je pas amik alih perak thun 2008, trus ade mslh gaji n 90% pemain star perak tnggalkn kem perak...skng ni bila BN amik alih perak, Alhamdulillah perak dh makin maju balik...

Tanpa Nama berkata...

yang aku tau bukan syed khairul tu yang problem tetapi syed unan.

bluk berkata...

wlupon ms bn pegang ad ms kedah naik ad ms kedah turun,itu ssuatu yg normal sbb xdk manusia yg sempurna.tp bila puak perut hjau yg mngaku pandai serba serbi,yg stiap saat keja dy mgutuk org,seolah2 kerja buat depa sj yg trbaik pegang kedah,5tahun berturut2 mrudum,maka ianya bukn ssuatu yg normal.bak kata pepatah femes org kedah,"sembang xjatuh,buat gheja mcm kepala tut..".