Ahad, 8 September 2013

HOT! Akhbar Cina FITNAH Filem #TandaPutera



Nampaknya, filem Tanda Putera terus diburuk-burukkan dan disalah ertikan oleh pelbagai pihak terutamanya DAP. Akhbar China Press dalam artikel bertarikh 4 September 2013 juga dilihat sama nada dengan DAP.

Artikelnya bertajuk ‘Sengketa Tanda Putera’ yang ditulis oleh Hua Qiao disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C19. Di antara salah anggap penulis itu yang diterjemah dalam Utusan Malaysia:

Dalam filem ini digambarkan kaum Cina begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan manakala pasukan polis digambarkan bersikap sabar, cintakan negara dan sayangkan rakyat.


Bagi kita, dalam negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, kita perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain, terutama sekali kalau filem ditaja oleh badan kerajaan. 

Filem yang dibuat haruslah boleh mengeratkan lagi hubungan dan bukan bertujuan menanam pemikiran tidak sihat yang hanya akan merosakkan perpaduan antara kaum. seterusnya

Tidak pasti sama ada penulis bernama Hua Qiao telah menonton filem Tanda Putera. Tetapi dari cara beliau menulis, cukup berasa ragu.

Beliau menulis 'dalam filem ini digambarkan kaum Cina begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan'. Kenyataan ini ternyata boleh menimbulkan salah sangka pembaca akhbar bahasa Cina itu.

Jika kita tonton filem itu, bukan 'kaum Cina' secara keseluruhan tetapi hanya penyokong-penyokong fanatik yang termakan dengan dakyah kepimpinan DAP sahaja dan juga pihak komunis yang bertindak ganas dan liar.

Kaum Cina yang lain tidak terlibat.

Malah, di dalam filem itu, kita dapatkan saksikan bagaimana seorang bapa kepada pelajar berbangsa Cina telah bertindak melindungi seorang pelajar Melayu daripada dibelasah oleh perusu-perusuh DAP.

Kita juga dihidangkan dengan adegan pelajar berbangsa Cina itu dilindungi oleh keluarga Melayu semasa berlakunya rusuhan 13 Mei 1969.

Kedua-dua sahabat Melayu dan Cina itu turut bekerjasama membantu mangsa-mangsa banjir besar di Kuala Lumpur.

Malah, terdapat adegan di mana seorang pegawai tinggi polis berbangsa Cina turut dibunuh oleh pihak komunis.

Kenapakah adegan-adegan penting ini tidak disebut oleh penulis tersebut?

Apakah kerana beliau sendiri belum menonton filem tersebut dan serkap jarang seperti Lim Guan Eng DAP?

Akhbar China Press sepatutnya lebih adil melaporkan intipati filem Tanda Putera itu kerana jika mereka tidak, maka akan timbul persepsi salah yang boleh menganggu gugat perpaduan kaum.

Dalam hal ini, bukan Tanda Putera tapi akhbar China Press yang dilihat 'menanam pemikiran tidak sihat yang hanya akan merosakkan perpaduan antara kaum.'

Betul apa yang diperkatakan oleh Blog MiM

Akhbar cina memang suka menyimbah minyak ke api. Menambah apa yang tak patut ditambah dan meyebarkan perkara buruk dan benda yang tak betul.

Tak boleh kah kita mengambil tindakan atas perbuatan yang tidak bertanggung jawab ni? 

Sampai bila nak biar saja?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sempat nak tengok lagi.. apa pun kita orang melayu mesti belajar bahasa cina supaya kita tak diperbodohkan...