Jumaat, 20 September 2013

HOT! Suntikan Penawar Dari Kedah Bakal Meremajakan UMNO! #MM4VP #Suraya4NKW #Sabrina4NKP3 #BeraniBerubah



Semalam Mc tak sempat nak ulas keadaan di Majlis Pengumaman calon dari Kedah yang mahu bertanding ke jawatan UMNO pusat. Sudah tentu pengumuman paling penting ialah dari Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah sendiri Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir.

Umno Kedah bawa 3 calon yang akan bertanding Naib iaitu Datuk Mukhriz sendiri bertanding Naib Presiden, YB Datuk Suraya Yaacob bertanding Naib Ketua Wanita Umno dan YB Datin Sabrina Azizan bertanding Naib Ketua Puteri Umno.

Manakala 3 calon untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi UMNO. Datuk Jamil Khir, Datuk Seri Mahadir Khalid dan Dato Azeez Rahim.

Turut menawar diri ialah Ustazah Masyitah dan Shahanim bertanding Exco Wanita UMNO.

Disamping majlis semalam turut didatangi oleh saudara Akhramshah, pemuda yang mahu mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang sekarang ini akan dipertahankan oleh KJ.




https://www.facebook.com/Sabrina4NKP3M

Demi untuk meremajakan UMNO, wujudkan transformasi, menambahbaikan UMNO dari dalam. UMNO Kedah menyuntik penawar terbaik untuk diserapkan dalam UMNO Pusat.

Bukan yang lama tidak bagus, tetapi yang baru akan bergandingan dengan yang lama dan akan jadi lebih bagus lagi dari biasa.

McTheory:
Anda bersedia untuk #BeraniBerubah?

Tiada ulasan: