Selasa, 17 September 2013

INFO! Misteri Binaan Piramid Dah Lama Terbongkar Dalam Al-Quran?



Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.


Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.


Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.


Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.


Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).

Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun!


Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari. Sumber

5 ulasan:

Awanama berkata...

Bible lagi awal cerita pasal batu bata ni.

Periksa sendiri. Exodus 5:10–14

Kadang-kadang kita umat ISlam ni cepat melatah. Kajian sendiri malas buat. Perkataan "wallahualam" di gunakan tanpa displin ilmu dan tanpa usaha bersungguh-sungguh mencari jawapan. di gunakan sebab yang kena tanya sendiri tak tahu dan malas nak pikir panjang.

Uztaz :- Teori Darwin berkenaan evolusi yang mengatakan manusia berasal dari beruk tidak betul kerana kita semua berasal dari Adam a.s dan Hawa.

Murid :- Ustaz Nabi Adam tu besar kan?

Uztaz :- Ya. Hadith riwayat Bukhari Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan Adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“

Murid:- Kalau begitu apakah proses yang menyebabkan manusia dari Adam a.s. yang tinggi dan besar menjadi kecil di zaman ini?

Uztaz :- Wallahualam .......

Murid :- Tapi uztaz para Darwinist cakap ianya di sebabkan mutasi dan adaptasi atas persekitaran. Dahulu tekanan atmosphere kita lebih tinggi dari sekarang. Maka tubuh yang besar Nabi Adam a.s dapat mengadaptasi dengan Ketinggian tekanan pada zamannya. Zaman berlalu dan tekanan asmosfrea makin berkurangan. Maka benarlah sabda Rasullullah makin lama kita makin kecil dengan adaptasi tekanan yang makin kurang.

Uztaz:- ........ mmm errr wallhualam jugalah.

Murid :- Uztaz tak nak ke periksa journal-journal berkenaan perkara ini ...?

Uztaz :- ... nantilah lepas saya balik ceramah Uztaz Azhar Idrus saya kita sambung balik...

Murid :...............



Bang bang boom boom berkata...

Bilion bilion bilion tahun lalu, yg ada dlm alam semesta hanyalah tenaga yg bergerak secara rambang yg entah bgmn tiba tiba menyatu (condensed) menjadi jirim / jisim bertenaga sgt tinggi (teori Einstein) kemudian berlaku letusan yg sgt kuat dan bertaburanlah jirim jirim tadi di angkasa (big bang teori), sesetghnya bertenaga tinggi menjadi bintang, yg lain kurang tenaganya menjadi planet, asteroid, komet dsb. Dr letusan itu juga terhasil pelbg zarah. Dlm bnyk bnyk planet ada satu planet yg berair, yg entah mcm mana beberapa jenis zarah larut air oxygen, nitrogen, hydrogen, carbon, menyatu menghasilkan molekul molekul purin, pyrimidine, thymidine etc yg menjadi molekul asas DNA dan RNA, kemudian membntk rantaian lalu menjadi molekul lengkap. Dr molekul lengkap itu tiba tiba bernyawa menjadi organisma sel tunggal, kemudian mengelompok menjadi organisma berbilang sel, kemudian bermutasi menjadi ikan, katak, buaya, biawak, anjing, kucing, monyet dan akhirnya muncullah manusia. Semuanya secara rambang rawak, by chance, proses alam, survival of the fittest and so on the theories. Siapa percaya ? Apakah nanti selepas manusia ?

Awanama berkata...

kepada tanpa nama:

ni translate utk exodus tu....

10 Kemudian pemandu hamba dan mandur keluar dan berkata kepada orang ramai, "Ini adalah apa yang Firaun berkata:." Saya tidak akan memberikan apa-apa lagi straw 11 Pergi dan mendapatkan jerami anda sendiri di mana anda boleh mencari, tetapi kerja-kerja anda akan tidak dikurangkan sama sekali. '"12 Oleh itu, orang-orang yang bertaburan di seluruh Mesir untuk mengumpulkan tunggul digunakan untuk jerami. 13 pemandu hamba disimpan menekan mereka dengan berkata, "Menyiapkan kerja yang diperlukan anda bagi setiap hari, sama seperti apabila anda mempunyai jerami." 14 Israel mandur yang dilantik oleh pemandu hamba Firaun dipukul dan ditanya, "Mengapa tidak anda memenuhi kuota bata semalam atau hari ini, seperti sebelum ini?"


adakah bata tu merujuk pd tanah liat?...

Awanama berkata...

Puak yahudi mana mau kalah jika berhujah. hujah batu dan jerami dalam bible tak sehebat dalil-dalil dalam Al-Quran. Subhanallah!

Awanama berkata...

Untuk Anon: 18 September 2013 5:53 PG

Jawapannya exodus merujuk pada bata tanah liat juga. Kerana jerami itu campuran kepada tanah liat untuk di jadikan bata.

Jerami untuk pembuatan bata = Exodus 5:7

Kepada anon 8 September 2013 9:21 PG

Pada mulanya kita kena faham Bible itu apa. Bible bukannya Injil. Injil namanya gospel. Bible ini lebih kurang satu koleksi buku-buku yang di jilidkan jadi satu. Ada buku-buku yang lama seperti Old Testament Zabur book of David Buku Asal-usul yang entah sapa pengarangnya, Surat-surat Peter,

Bezakan dengan Al-Quran yang mana Al-Quran hanya sebuah buku sahaja yang di bahagikan kepada Bab-bab/surah)

Maka Dalam hal ini ialah Buku Exodus yang menceritakan berkenaan batu bata piramid. Orang Yahdui kata Buku Exodus ini ialah salah satu dari lima buku yang membentuk Torah (Taurat). Dalam Islam Nabi Musa a.s menerima Taurat dan suhuf. Pada saya exodus ini ialah suhuf bukannya sebahagian dari Taurat.

Kita jangan lupa Exodus sudah tentunya berasal dari wahyu-wahyu atau kisah-kisah yang tulen yang turun untuk Nabi Musa a.s sebelum di korupkan oleh pendita-pendita mereka. Kalau Exodus ini sebahagian dari Injil tidak mungkin kerana Nabi Isa. a.s tidak ada kaitan dengan Firaun dan kita perlu ingat Nabi Isa ialah utusan untuk kaumnya sahaja. Tidak ada kaitan Nabi Isa a.s dengan kisah kaum NAbi Musa a.s. dan Firaun.

Bukan keseluruhan kitab-kitab dan suhuf-suhuf yang di korupkan. Injil misalnya bukan semua di korupkan. ada kisah-kisah yang selari dengan Quran misalnya kesucian Mariam.

Jadi pada saya ayat-ayat dalam Exodus ini berkenaan batu-bata untuk piramid juga MUNGKIN sebahagian dari wahyu Allah juga yang tidak di korupkan atau jika berubah hanya sedikit. Ini jelas kerana ada keselarian di antaranya dan Al-Quran. Cuma Al-Quran mengesahkan kejadian yang lampau termasuklah kisah batu-bata ini yang pernah di turunkan melalui Exodus untuk Nabi Musa.

Juga tiada siapa mengatakan di sini hujah Bible lebih baik ke apa ke. Tak perlu melatah kerana apa yang di nyatakan di sini ialah sikap umat ISlam yang terus menerkam untuk menegakkan hujah. Oooh Quran cakap itu dan ini dahulu. Baguslah untuk mengharumkan nama Al-Quran dan ISlam tetapi hendaklah berasas. Dengan kata lain jangan berhujah tanpa tengok kiri dan kanan. Dalam hal ini jelas Exodus dah kata dahulu berkenanaan batu bata di PIramid sebelum Al-Quran.. Yang benar tetap benar juga.

Janganlah sebab kita hendak mengharumkan nama Islam kita berbohong atau menafikan perkara yang jelas (melainkan orang Syiah yang suka bertaqiyyah)