Jumaat, 18 Oktober 2013

HOT! Ada Tangan Ghaib Bakal Ganggu Mukhriz Jadi Naib Presiden? #PemilihanUMNO


Semakin hari semakin dekat masa yang dinanti-nanti, apakah ada perubahan pada UMNO. Atau UMNO akan tetap berada ditakuk lama. Sistem baru pemilihan akar umbi yang cuba ditampilkan oleh pengurusan atasan parti kalau dilihat atas kertas, semuanya elok, tiada cacat cela.

Tapi bila dilaksanakan, masih ada sangkut sana-sini. Pengurusan yang tidak terlatih, pekerja yang menguruskan agak terbatas dan kurang malah masih banyak kelemahannya. Mungkin sistem ini dilaksanakan buat kali pertama, tapi itu bukan alasan untuk menutup segala kegagalan.

Paling menakutkan apabila skrin kiraan di PWTC selalu OFF dan ON sesuka-hati. Setiap kali OFF akan bertukar kiraan di papan tersebut. Membuat orang luar terfikir, siapakah yang mengawal papan kiraan tu? Apakah boleh terjadinya magic atau tangan jahat untuk mengubah keputusan.

Sebab baru-baru ni Mc ada dengar arahan kononnya dari atasan yang mahu salah seorang penyandang Naib Presiden sekarang dipilih untuk kekalkan. Biar betul? Siapa yang bagi arahan macam tu?

Kalau nak bagi arahan, baik bertanding 2 kerusi Naib Presiden saja, yang satu tu simpan kat dia terus, betul tak?

Itu yang Mc risau, takut ada permainan magic dalam kiraan nanti. Lihat, apa yang terjadi pada keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, yang sampai sekarang masih tidak mendapat keputusan.

Itu baru sayap, belum lagi peringkat tertinggi seperti Naib Presiden ni. Malah persaingan jawatan Naib Presiden makin lama makin sengit. Hinggakan takut orang baru seperti Mukhriz Mahathir akan dimain-mainkan begitu saja.

Mc mengikuti kempen Naib Presiden, tak payah cerita la bab-bab bagi upah. Hampir kesemuanya ada. Macam mana JK Pemantau buat kerja pun taktau la. Tapi bukan itu yang Mc risaukan, cuma takut permainan atasan yang mahu individu tertentu menang.


Sebelum ini pun ada cerita yang mahu Mukhriz Mahathir tumpukan kepada kerja sebagai menteri besar sahaja. Kononnya kata mereka Mukhriz masih baru dan tak layak untuk jawatan Naib Presiden.

Walaupun umum tahu akar umbi mahukan Mukhriz, malah gelombang Mukhriz sukar ditahan. Hinggakan setiap negeri yang beliau turun penuh sambutan dan sorakan terhadap beliau.

Disebabkan sambutan sebegitulah, beliau membuatkan penyandang Naib Presiden lain risau. Lebih-lebih lagi, Naib Presiden yang tidak mencapai kuota KPI. Atas lebih senang dipanggil tak buat kerja.

Oleh itu, mari semua para penyokong berani berubah terus mengundi Naib Presiden No. 05 dan berdoa semoga, tiada perkara 'magic' berlaku semasa keputusan Naib Presiden kelak.

Sama-sama kita usaha.. dan doa, senjata paling utama.

McTheory:
Ubah UMNO dengan berani berubah..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEMUA ORANG TAHU SIAPA MANUSIA ITU. DIA DAH BUAT MASA DMM TANDING DI JERLUN. MUNGKIN MANUSIA INI AKAN MENJADI 'ANWAR IBRAHIM II'. ORANG UMNO. BUKA MATA ANDA SELUAS-LUASNYA.

Tanpa Nama berkata...

biarkan brother HH menanggis sekarang asal bukanya orang Melayu masa depan menaggis...Melayu tak perlukan pemimpin keluar air mata kerana takut hilang jawatan dengan minta simpati air mata raja dan No 1

Tanpa Nama berkata...

Jika MM mampu menang dia tiada pilihan selain team up dengan MY kerana NR dah team-up dgn KJ dan SJ. Sekarang NR akan pastikan MM kalah kerana dia tahu dia akan ada masalah jika MM menang dan team-up dgn MY.
Jika MM menang, lagi dua NP ada bargaining power,kalau duit jadi pertimbangan, masuk team NR, tapi kalau perjuangan diutamakan, masuk team MY. Kalau team MY kuat, NR perlu di cantas sebelum PRU 14 untuk pastikan UMNO/Melayu kekal berkuasa.
Jika NR gagal dicantas, KJ dan SJ akan bermaharajalela ditambah pula kalau HH juga menang, Melayu akan marah dan kuburkan UMNO kerana menjelang PRU14 akan muncul parti baru membawa panji-panji alif, ba, ta.
Para perwakilan buatlah pilihan, kemenangan SJ dan KJ telah membusukkan UMNO, halangan senyap NR, SJ dan KJ terhadap MM telah membenih kebencian Melayu terhadap UMNO.
Pilih, jangan tak pilih, kemudian mendabik dadalah kepada semua bahawa UMNO parti paling kuat yang tak perlukan orang Melayu luar.
Sesungguhnya kebencian aku kepada UMNO dah semakin meluap....

Roza berkata...

Setuju sgt2 komen ni.....sama la dulu time Tun nak naik....2009 tanding KP MM kalah penuh misteri kat KJ de' ospod. So xmustahil agenda tertentu digunakan oleh team tertentu....susah3 ni...

Tanpa Nama berkata...

wangsa maju bersama MM......