Sabtu, 5 Oktober 2013

HOT! Benarkah K-Pop KBS di Taja Oleh Swasta?




Memang kecoh dah riuh juga bila laporan audit keluar menunjukan KBS mengeluarkan wang 1.6 Juta untuk membayar penyanyi K-Pop di hari belia yang lalu. Dalam laporan audit tidak dinyatakan ada sponsor dari swasta. Tetapi bekas menteri KBS yang dulu, kata ada.

Betul ke?

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan jumlah itu, sumbangan­ syarikat swasta pada sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan kerajaan.

“Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta. Ini adalah reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.

“Tahun lalu kita terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala tahun ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin meningkat,” katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia kepada KBS.

- Sinar Harian 22 Mei 2012

Inilah wang tajaan yang diperolehi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012. Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar KPOP pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM 1 juta 600 ribu adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS.

RM 20 Juta Wang Tajaan bagi menjayakan Hari Belia Negara dan ianya terbukti bahawa tidak ada Wang Rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang hanya mengikut rumusan pendek laporan Pihak Audit Negara.

Moga Rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan Audit negara tentang pembelian mesin Scanner beharga RM14 Ribu seunit. Tetapi dalam isu Kementerian Belia dan Sukan ianya tidak pembaziran Wang Rakyat sebaiknya adalah Wang Tajaan dari syarikat Koporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara.

Kita Mintak pihak audit negara melihat impak keseluruhan HBN. Berapa banyak pekerjaan dan peluang perniagaan diwujudkan. Kesan kepada branding putrajaya dan keyakinan belia dari progran ini. - sumber FB

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan haraplah, orang kalau dah termakan racun susah nak baik dah walaupun diberi ubat terbaik.

gend audit ni kira penyebar fitnah ke ?, hu hu hu.

tu susahnya bila orang tukar jabatan dengan gang2 bawahanya sekali diangkut jadi siapa nak jawap bila audit datang.

Tanpa Nama berkata...

Pegawai yang bertugas masa perkara ini berlaku tidak boleh terlepas begitu saja; dia juga mesti dipertanggungjawabkan. Begitu juga orang bawahan yang terlibat. Ini bukan nak main "blame game" tapi setiap orang harus menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Mantan Menteri berkenaan juga haru bersikap "the buck stops here"!

Tanpa Nama berkata...

yg aneh kj menyambut kata kata tu.. tak pulak kj tanya dulu ke.. cek dulu ke dgn menteri lama... seolah olah kj berkata kbs bayar tu semua.. dan kata kata kj mcm kj bertanggungjawab.. perhhh..

lepas kj menjawab... blog pro kj pun menyahut.. perhhhh... kj bertanggungjawab kj anak jantan.. konon kj berani bertanggungjawab.. lakunan lakunan kj.. apa salah kj kata.. dr mula kbs ada tajaan.. duit masuk.. itu duit keluar..

bukan kata.. kj mengaku kbs membayar kpop... manusia hipokrit.. lihat sikap kj.. dah buruk nama menteri lama.. org tuduh kerajaan umno mcm mcm.. dia diam aje.. tak buat pembetulan besar besaran dlm blog.. hoiiiiiiiii

Tanpa Nama berkata...

itu syarikat org cina