Selasa, 8 Oktober 2013

HOT! Syiah adalah mazhab sebahagian dari Islam - Hadi Awang ni Biar betui?



Video diatas jelas menunjukan Hadi Awang Presiden Pas mengiktiraf syiah sebagai satu mazhab. Kalau mengikut blog Sphiu, ini bukan kali pertama Pas mengiktiraf syiah.

Secara makronya PAS mengiktiraf mazhab Syiah sebagai sebahagian daripada Islam tetapi secara mikronya perlu diperincikan kerana ada sebahagian pecahan aliran syiah mengkafirkan sahabat.

Namun secara tegas, parti Islam itu tidak membenarkan ahlinya menganut mazhab Syiah, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, hubungan PAS dengan Syiah adalah hubungan Muslim dengan kumpulan Muslim yang lain.

Katanya, memang ada Syiah yang melampau sehingga mengkafirkan para sahabat Rasulullah tetapi ada juga yang tidak mengkafir sahabat dan mempunyai fekah yang hampir sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Menjadi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak mengkafirkan Syiah secara makro," katanya.

 Memang ada diterangkan kononnya ada syiah yang tidak melampau, tapi bagaimana kita hendak mengetahui bahawa ianya syiah yang menurut ajaran Islam, atau syiah yang dah sememangnya sesat?

Ataupun puak syiah ni berlakon mengikut keadaan, sampai masa menjadi pelampau? Pun boleh jadi juga. Kalau mengikut pendapat peribadi Mc, baik kita mencegah dari menerima. Kerana pada asas syiah, mereka tetap menghina sahabat Nabi SAW yang lain dan mengagongkan Ali.. tak gitu?

McTheory:
Asas dah tak betul.. pokoknya lagi laa..

3 ulasan:

tobeng berkata...

Majoriti syiah memang mengkafir dan melaknat sahabat.Kalau diorang nak cover line pun tetap terserlah kebencian diorang terhadap sahabat.Golongan syiah yg tidak membenci sahabat hampir2 tiada rasanya sebab agama syiah itu sendiri
wujud dari sikap taksub melampau pada Sy Ali dan kebencian melampau terhadap sahabat.

AWAS berkata...

Penilaian yg mudah; Haram + Haram + Halal = HARAM / Halal + Halal + Haram = HARAM / Halal + Halal + Halal = HALAL . ????.?

Xpas berkata...

Liciknya Syiah, hingga golongan ilmuan pun terpedaya.
Hebat mrk memalsu hadis, disabitkan dgn nama Sahabat r.anhum. dan Tabi'in terkemuka rh.'alaihim., hingga Ahli Hadis sendiri menghadapi kesukaran memurnikannya.
Syiah jelas sesat dan bukan sbhgn dr Islam. Berbelit belit mengiktiraf sbhgn syiah dan menolak sbghn yg lain hanya mengelirukan pengikut yg jahil.